Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib



Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak mempunyai sebarang alasan atau sebab untuk menolak keputusan pindaan perlembagaan UMNO yang telah dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas hari ini.

Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO telah mengikut semua peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang bagi membolehkan pemilihan parti dilanjutkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Tambah Ketua UMNO Bahagian Pekan itu, RoS tidak mempunyai sebab untuk menolak usul yang telah diluluskan oleh sebuah pertubuhan yang sah.

“Usul tadi ekoran daripada keputusan persidangan UMNO yang lalu dan hari ini kita sudah pinda perlembagaan dan ia telah diluluskan secara sebulat suara.




“Bererti ketetapan itu sudah menjadi satu ketetapan dalam Perlembahaan UMNO dan bererti pilihan raya umum akan diadakan lebih dahulu selepas itu baru perhimpunan agung.

“Kita telah mengikuti prosesnya dan ikut pada undang-undang yang sepatutnya dan disokong sebulat suara. Jadi tidak ada sebab RoS boleh menolak sesuatu yang telah diluluskan oleh sebuah pertubuhan,” kata Najib.

Ditanya sama ada keputusan itu akan mendatangkan kesan terhadap pemilihan calon Perdana Menteri untuk Barisan Nasional, Najib berkata, perkara itu akan diputuskan oleh parti.

“Itu parti kita akan buat keputusan nanti. Berdasarkan kepada keputusan itu kita akan menentukan kepimpinan akan datang.

“Tapi berdasarkan pada keputusan MT baru ini Datuk Seri Ismail Sabri menjadi poster boy kita,” kata Najib kepada media selepas PAU Khas selesai.




Seramai 2,586 perwakilan UMNO daripada 192 bahagian seluruh negara yang menghadiri PAU Khas hari ini sebulat suara meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO.

Usul yang diluluskan secara rasminya membolehkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti.

MKT UMNO diberi dua pilihan di bawah fasal 10.16 Perlembagaan UMNO sama ada untuk melanjutkan selama 18 bulan tempoh pemilihan parti atau dalam tempoh enam bulan selepas PRU selesai diadakan.

Najib menegaskan, keputusan yang dibuat oleh perwakilan akan memberi kebaikan kepada UMNO.

“Itu keputusan kehendak parti, mesti ada hikmahnya. Mesti ada kebijaksanaannya di sebalik keputusan yang dibuat oleh parti secara sebulat suara,” kata Najib.




Sebelum ini terdapat penganalisa politik berpendapat, UMNO akan berhadapan dengan isu sekiranya pindaan perlembagaan yang dibuat oleh UMNO akan dibatalkan oleh RoS.

Sekiranya itu berlaku, ia akan menyulitkan lagi proses tadbir urus parti. MG

Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Leave a Reply

Your email address will not be published.