Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]


SHAH ALAM – Diherdik serta dipukul sehingga terjatuh, itu antara detik cemas yang dihadapi seorang warga emas dalam kejadian berhampiran jejantas di Padang Jawa di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan berkaitan kejadian itu dibuat mangsa kira-kira jam 2 petang.

“Siasatan dijalankan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa memandu bersama isteri dan cucu dipercayai dalam perjalanan ke Putrajaya.

“Semasa membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berada di sebelah kiri kereta mangsa telah menjerit dan memarahi mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.



Beliau berkata, mangsa kemudian memberhentikan kenderaannya untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran.

“Malangnya, apabila mangsa keluar dari kereta, suspek terus bertindak menendang mangsa di dada kiri selain duduk atas badan mangsa dan menumbuk muka serta kepala mangsa bertubi-tubi.

“Akibat perbuatan suspek itu, mangsa mengalami bengkak bawah mata dan kepala serta sakit bahagian rusuk,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu kemudiannya berjaya diberkas selepas kejadian.



“Suspek berumur 23 tahun itu telah ditahan untuk tindakan lanjut dan akan direman pada Isnin.

“Kes disiasat di bawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Iqbal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu dapat menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syuhada di talian 018-9124770,” katanya.



Pada Ahad, tular video yang dimuat naik di Facebook memaparkan seorang lelaki warga emas dipukul seorang penunggang motosikal dipercayai berlaku di Padang Jawa.

Tindakan penunggang motosikal tersebut kemudiannya berjaya dileraikan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker