Penghantar makanan mesti jalani saringan Covid-19

Penghantar makanan mesti menjalani saringan kesihatan di klinik kesihatan kerajaan atau swasta, walaupun perkhidmatan penghantaran dibenarkan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Kementerian Pengangkutan akan mengarahkan semua syarikat e-panggilan untuk berbuat demikian, manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengeluarkan arahan sama bagi restoran makanan segera.

“Syarat-syarat ini dikenakan bagi memastikan keselamatan semua pihak termasuk pelanggan,” kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Perdana Putra hari ini.

Beliau sebelum itu mengulangi keputusan kerajaan berkenaan perniagaan di bulan Ramadan, mengatakan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadam, termasuk dalam bentuk “pandu lalu” dan “tempah dan ambil” tidak dibenarkan.

Katanya, pesanan hanya melalui 41 syarikat yang menyediakan perkhidmatan e-panggilan sedia ada dan penghantar makanan restoran makanan segera.

“Pengusaha makanan masih boleh menggunakan perkhidmatan mereka,” katanya.

Bagi kawasan luar bandar dan bandar kecil di mana 41 syarikat berkenaan tidak beroperasi, pengusaha makanan boleh menggunakan khidmat penghantaran syarikat lain ataupun individu.

Sementara itu, penghantar makanan juga perlu berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker