Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?



Oleh Nurul Aisyah

KREDIBILITI seorang hakim itu perlu dijaga dengan penuh berhemah. Perbicaraan yang adil juga perlu diberi kepada semua rakyat Malaysia. Oleh itu, Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Nazlan memainkan peranan dalam pinjaman dana oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada Maybank bagi pengambilalihan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (Tanjong).

Ketika Nazlan menjadi hakim Mahkamah Tinggi, beliau sepatutnya mendedahkan jawatan terdahulunya pada 2012, iaitu selaku setiausaha syarikat dan ketua penasihat undang-undang kumpulan Maybank.

Baru-baru ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin telah menarik diri daripada mempengerusikan saman sivil SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd terhadap Datuk Seri Najib Razak.




Ini berikutan peranan Mohd Arief sebelum ini sebagai rakan kongsi di firma guaman tempatan yang pernah menjalankan kerja untuk SRC. Walaupun ianya tidak akan memberi kesan kepada Injunksi Mareva yang diberikan pada Mac terhadap Datuk Seri Najib.

Ketika pengurusan kes pada Khamis (12 Mei 2022), Mohd Arief memberitahu bahawa firmanya sebelum ini telah melakukan kerja-kerja untuk SRC.

Beliau mendakwa “tidak pernah terlibat” dengan kerja-kerja itu dan meminta pihak berkenaan untuk memaklumkannya mengenai sebarang bantahan pada hari Jumaat (13 Mei).

Peguam Najib Muhammad Farhan Shafee dari Tetuan Shafee & Co berkata bekas perdana menteri lebih suka hakim yang mempunyai “kaitan sifar” dengan SRC atau bekas syarikat induknya 1MDB untuk mendengar perkara itu.

Pada 24 Mac, Mohd Arief memberikan Injunksi Mareva yang antara lain menghalang Najib atau ejennya daripada memindahkan atau melupuskan asetnya berjumlah RM42 juta.




Ini adalah sebahagian daripada saman sivil yang lebih besar terhadap Najib yang difailkan pada Mei 2021 kononnya melanggar tugas fidusiari, mengetahui penerimaan dana, bantuan tidak jujur, tort salah guna dan salah guna kuasa.

Hakim-hakim yang terlibat dalam kes-kes Datuk Seri Najib mempunyai kaitan dengan SRC maka ini dilihat sebagai penganiayaan terhadap beliau. Perbicaraan yang adil telah dinafikan. Hakim Arief Emran sudah menarik diri. Persoalannya kenapa hakim Nazlan hingga ke hari ini belum lagi menarik diri dari kes-kes Datuk Seri Najib memandangkan Nazlan memainkan peranan besar dalam SRC. Malah nama SRC itu dikatakan Nazlan yang cadangkan.



Leave a Reply

Your email address will not be published.