Wanita dilanggar pengiring VIP, polis mulakan siasatan

Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita mendakwa kenderaannya dilanggar sebuah kenderaan polis yang sedang mengiringi VIP di sebuah pusat beli-belah.

PETALING JAYA: Polis akan menyiasat kemalangan membabitkan kenderaan orang awam dengan kenderaan polis yang sedang mengiringi orang kenamaan (VIP).

Kejadian berlaku pada Sabtu, kira-kira 11 malam di depan sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Sarifudin Mohd Salleh berkata, kedua-dua pemandu kenderaan terbabit sudah tampil membuat laporan.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan. Kita meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian itu supaya hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03 20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03 20260267/69 atau balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, satu video berdurasi satu minit 47 saat di TikTok memaparkan seorang wanita mendakwa kenderaannya dilanggar sebuah kenderaan polis yang sedang mengiringi VIP di sebuah pusat beli-belah tular di media sosial sejak semalam.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker