Harga gandum catat rekod tertinggi

Harga gandum catat rekod tertinggi

Harga gandum melonjak ke rekod tertinggi baharu dalam dagangan di Eropah selepas India memutuskan untuk melarang eksport komoditi itu ketika gelombang haba menjejaskan pengeluaran.

Harga gandum melonjak kepada 438.25 euro (AS$456.68) satu tan apabila pasaran Euronext ditutup, mengatasi rekod penutup sebelumnya sebanyak 422.40 euro yang dicatatkan pada 7 Mac lalu, menurut peniaga di firma pembrokeran bijirin Inter-Courtage, Damien Vercambre.

Ia sebelum ini mencatat rekod harga pembukaan sebanyak 435 euro.

Dalam pasaran Chicago Board of Trade, gandum didagangkan hampir enam peratus lebih tinggi semasa dagangan tengah hari pada AS$12.48 segantang.

Harga gandum global melonjak 40 peratus berikutan kebimbangan bekalan sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine, antara pengeksport utama Februari lalu, yang sebelum ini menyumbang 12 peratus daripada eksport global.

Peningkatan itu, diburukkan lagi oleh kekurangan baja dan hasil tuaian yang lemah, telah mendorong inflasi di seluruh dunia dan menimbulkan kebimbangan terhadap kebuluran serta pergolakan sosial di negara-negara miskin.

India, pengeluar gandum kedua terbesar di dunia, baru-baru ini mengumumkan bahawa ia menyekatkan eksport selepas mencatatkan rekod suhu paling panas pada Mac, dengan peniaga memerlukan kelulusan kerajaan untuk memeterai perjanjian baharu.

New Delhi berkata langkah itu diperlukan untuk melindungi keselamatan makanan 1.4 bilion penduduknya sendiri dalam menghadapi pengeluaran yang lebih rendah dan harga global yang lebih tinggi secara mendadak.

Beberapa bahagian di India menyaksikan harga gandum dan tepung melonjak 20 hingga 40 peratus dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kata Setiausaha Perdagangan, BVR Subrahmanyam pada Ahad.

Berikutan kenaikan mendadak harga global, sesetengah petani menjual kepada peniaga dan bukan kepada kerajaan.

Ini menyebabkan kerajaan bimbang mengenai stok penimbalnya yang berjumlah hampir 20 juta tan, habis akibat wabak, diperlukan untuk diberikan kepada jutaan keluarga miskin dan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kebuluran.

“Ia berbeza dengan Russia yang mempunyai kuota eksport dan sistem cukai selama bertahun-tahun, India sudah pasti menghadapi lebih banyak kesukaran untuk mengawal eksport,” kata Vercambre.

Larangan eksport itu mendapat kritikan keras daripada kumpulan tujuh negara perindustrian (G7), yang berkata bahawa langkah sedemikian ‘akan memburukkan lagi krisis’ kenaikan harga komoditi. BH

Harga gandum catat rekod tertinggi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker