Najib Bukan Kaki ‘Bailout’ Tak Menjadi Seperti Mahathir

Oleh Nurul Aisyah

MASIHKAH kita ingat ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri ke 4 dan ke 7? Beliau kerap “bailout” syarikat-syarikat besar namun tidak menjadi tindakan tersebut. Langkah Mahathir itu tidak mendatangkan sebarang kesan atau perubahan positif terhadap syarikat-syarikat itu. Ianya seolah-olah sekadar langkah untuk mengambil wang kerajaan semata-mata.

Kita juga tahu sikap dan peribadi Datuk Seri Najib jauh berbeza daripada Mahathir.Najib sangat prihatin terhadap untung nasib rakyat.

Bukan mudah bagi Najib untuk menyarankan kerajaan selamatkan mana-mana syarikat kecuali ianya mempunyai kepentingan amat strategik ataupun peluang menyelamatkannya adalah cerah.

Ketika Najib menjadi PM, beliau cuma pernah buat bail-out sebanyak 3 kali iaitu Silterra yang berjaya dipulihkan keuntungannya, Proton yang terbukti berkesan dan MAS atas sebab perlu menjaga industri perlancongan serta memastikan ada saingan bagi penerbangan tempatan.

Memandangkan Mahathir dan Mukhriz dilihat mengkritik secara membabi buta semata-mata untuk menghina tindakan Najib mohon Sapura Energy diselamatkan maka Najib menjawab segala pertuduhan ahli parti PETAI tersebut.

Najib Razak mempersoalkan tindakan Mahathir yang tidak bersetuju dengan langkah “bailout” yang dicadangkan beliau bagi menyelamatkan Sapura Energy Berhad (SEB), dengan menegaskan bahawa ahli Parlimen Langkawi itu tidak pernah “bersuara” ketika syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu di “bailout” pada 2019.

“Ketika PNB bawah Zeti, ‘bailout’ Sapura dan menjadi pemegang terbesar Sapura serta menjadikan syarikat itu sebagai GLC pada 2019 ketika dia (Mahathir) PM, tak ada pun dia kata ‘kurangkan kerugian, bukan ‘bailout’ atau kita tak patut selamatkan orang yang telah gagal.

“Ketika Petronas melalui syarikat MISC, ‘bailout’ syarikat perkapalan anak dia semasa dia PM4, tak ada pun dia kata ‘kurangkan kerugian, bukan ‘bailout’ atau kita tak patut selamatkan orang yang telah gagal. Tun, saya bukan kaki ‘bailout’ tak menjadi,” kata Najib di Facebook.

Ketika Debat Perdana Najib dan Anwar di Pusat Pelancongan Malaysia, PM ke 6 itu mencadangkan supaya Petronas mengambil alih Sapura bagi mengelakkan syarikat itu diisytiharkan muflis.

Dalam keadaan rakyat tahu semua “Bailout” syarikat disyorkan Mahathir gagal, PM ke 4 dan ke 7 itu tidak bersetuju dengan langkah “bailout” bagi menyelamatkan Sapura kerana menurutnya, ada masanya perniagaan mengalami untung dan rugi. Alasan Mahathir itu dilihat sangat dangkal memandangkan Sapura Energy melibatkan wang rakyat dan untung nasib orang Melayu.

Dalam masa yang sama Najib juga mempersoalkan keredibiliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Mukhriz.

Mukhriz menegaskan sebenarnya dia “tidak pertikaikan cadangan untuk membantu sekalipun sampai ketahap bail out syarikat tempatan kita dengan menggunakan dana awam jika ianya dianggap strategik.”
Cuma Mukhriz membantah selamatkan Sapura walaupun penting dan strategik bagi negara sebab Najib yang mencadangkan.

Ekonomi negara jadi bahan mainan dan jenaka Mahathir dan Mukhriz. Kekayaan melampau keluarga Mahathir bukan lesen untuk memperlekehkan untung nasib orang Melayu dan rakyat Malaysia. Kita bercakap mengenai peluang pekerjaan rakyat, perbesarkan kek ekonomi untuk rakyat dan sebagainya. Bukan Mahathir dan Mukhriz sahaja permainkan ekonomi rakyat, malah Syed Saddiq dan pemimpin-pemimpin PH yang lain turut memperlekehkan usaha Datuk Seri Najib untuk pulihkan ekonomi negara.

Dahlah tak membantu pulihkan ekonomi, permainkan pula untung nasib rakyat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker