Hamzah Dedah Perangai Zuraida Tidak Aktif Dalam Parti, Kerap Ponteng Mesyuarat

Hamzah Dedah Perangai Zuraida Tidak Aktif Dalam Parti, Kerap Ponteng Mesyuarat

Menggunakan parti untuk kepentingan peribadi, tidak pernah hadir mesyuarat dan tidak begitu aktif dalam gerak kerja parti.

Itu pendedahan dibuat Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin terhadap kedudukan sebenar Datuk Zuraida Kamaruddin dalam parti itu.



Hamzah berkata, Zuraida dilihat tidak begitu aktif di dalam parti, malah mula menunjukkan ‘warna sebenar’ apabila tidak menghadiri lebih enam mesyuarat yang dianjurkan parti itu termasuk mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Ampang itu jelas menunjukkan yang dia tidak pedulikan parti, sebaliknya menggunakan parti ini untuk kepentingan peribadi.

“Bersatu beri peluang kepada semua bukan sahaja Zuraida dan apa yang penting bila dah jadi ahli mereka perlu ikut segala agenda parti.

“Kalau dia kata tidak tahu apa agenda parti, jawapannya memang tidak tahu sebab mesyuarat MPT pun dia tidak hadir. Segala agenda dan isu akan dibawa dalam mesyuarat MPT, tapi dia yang tidak hadir,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), hari ini.



Hamzah berkata, perkara itu diputuskan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya bagaimanapun belum memaklumkan perkara itu kepada beliau kerana mahu menunggu maklum balas surat daripada Ahli Parlimen Ampang itu mengenai kedudukannya dalam parti.

“Pada 9 Mei lalu, saya menghantar surat kepada Zuraida untuk meminta dia menjawab beberapa persoalan kerana kita dapati beliau dilihat muncul dalam aktiviti anjuran Parti Bangsa Malaysia (PBM).

“Pada Isnin lalu, Zuraida menyatakan beliau masih lagi ahli Bersatu dan meminta pihak parti menyertakan bukti tuduhan beliau ada menyertai mana-mana parti politik di negara ini.



“Bagaimanapun, hari ini Zuraida memaklumkan beliau sudah menyertai PBM, jadi kita fahamlah bahawa dia ingin keluar parti Bersatu,” katanya.

Zuraida hari ini mengumumkan keluar daripada Bersatu bagi menyertai PBM. –UM

Hamzah Dedah Perangai Zuraida Tidak Aktif Dalam Parti, Kerap Ponteng Mesyuarat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker