Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah



Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Jawatan Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu tergugur dengan serta-merta selepas beliau mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata beliau telah ambil maklum mengenai kenyataan yang dibuat Zuraida itu dan akan membawa perkara berkenaan ke pertimbangan MPT serta bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Zuraida.

“Buat masa ini beliau (Zuraida) belum meletakkan jawatan dalam Bersatu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Imigresen 2022 di Ibu Pejabat Imigresen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada dua minggu lepas telah bersetuju untuk untuk menggantikan jawatan Zuraida sebagai MPT Bersatu dengan individu lain.

“Ini berikutan satu surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada Zuraida pada 9 Mei untuk beliau menjawab beberapa soalan berhubung penglibatannya dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PBM.




“Namun, pada 23 Mei menerusi satu surat balas daripada Zuraida, beliau menolak pertuduhan bahawa beliau merupakan ahli PBM dan memohon pejabat Setiausaha Agung Bersatu menyertakan bukti atas tuduhan berkenaan. Tetapi segalanya terjawab pada hari ini,” katanya.

Mengulas mengenai jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang disandang Zuraida, Hamzah berkata jumlah menteri Kabinet daripada Bersatu telah dipersetujui sebelum ini oleh presiden Bersatu dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bermakna, jika Zuraida digugurkan daripada Bersatu maka tempatnya itu akan digantikan oleh seseorang dari Bersatu seperti yang dicadangkan presiden parti untuk menjadi menteri yang mewakili Bersatu,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Bersatu akan terkesan dengan kehilangan Zuraida, Hamzah berkata parti tidak terkesan kerana Zuraida juga sudah tidak aktif dan hanya menggunakan Bersatu untuk kepentingan dirinya.

“Mesyuarat Agung dan MPT juga beliau tidak hadir. Saya berpendapat, beliau telah menunjukkan sikap sebenarnya. Beliau tidak hadir beberapa mesyuarat parti, iaitu lebih daripada enam mesyuarat,” katanya.




Zuraida hari ini mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) kerana percaya dengan perjuangan parti itu dan enam prinsip terasnya.– BERNAMA

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: