Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]

Tangkap layar yang memaparkan tindakan pemandu BMW 318i yang memandu secara berbahaya dan menyebabkan kemalangan.

GOMBAK – Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis BMW 318i berwarna hitam selepas memandu secara berbahaya dan menyebabkan kemalangan di Jalan Batu Arang-Rawang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya telah mengesan satu rakaman video yang tular berdurasi 48 saat di media sosial hari ini.

“Video terbabit memaparkan sebuah kereta jenis BMW 318i berwarna hitam yang dipandu secara berbahaya dan memotong di garisan berkembar.

“Pemandu kereta tersebut juga memandu melawan arus dan menyebabkan berlakunya kemalangan melibatkan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah, usaha mengesan pemandu kenderaan dan pemilik rakaman video tersebut sedang giat dijalankan.

“Setakat ini, polis telah menerima satu laporan polis dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

“Saksi kejadian dan pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan ini diminta tampil untuk membantu siasatan,” jelasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker