Lelaki maut disyaki terjun dari tingkat 14

Keadaan mayat lelaki yang dipercayai terjun dari tingkat 14 sekitar Setapak. – Foto IHSAN POLIS

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan ditemui maut selepas disyaki terjun dari tingkat 14 di Blok 17 Setapak Indah Jaya, Setapak di sini pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada seorang individu berhubung kejadian.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah ke lokasi dan menemui mayat terbabit dalam keadaan terbaring serta lengkap berpakaian.

“Mayat lelaki tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan masih dalam siasatan pihak polis

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker