Singa rebonding undang perhatian netizen

Fesyen rambut petak seekor singa jantan di Zoo Guangzhou mengundang rasa geli hati pengguna media sosial. – Mothership

BEIJING – Gaya rambut seekor singa jantan di Zoo Guangzhou, China  menarik perhatian netizen kerana kelihatan mirip fesyen bintang realiti televisyen, Tiger King, lapor portal berita Mothership kelmarin.

Foto tular itu dimuat naik oleh seorang pengunjung di laman sosial Little Red Book.

Rambut singa yang kebiasaannya berbentuk bulat dilihat bertukar segi empat dengan rambut di bahagian depan dipotong pendek.

Gaya rambut aneh itu mengundang kritikan orang ramai yang menganggap ia telah mengganggu aura dan personaliti Raja Rimba itu.

Menurut seorang pengguna laman sosial tempatan, rambut dan bulu singa tersebut bukan seperti yang dipaparkan dalam gambar tersebut semasa dia melihatnya tidak sampai seminggu lalu.

Pengguna yang menyiarkan gambar itu membuat spekulasi bahawa penjaga zoo adalah orang yang memberi haiwan itu gaya rambut pelik.

Sebagai tindak balas kepada pertanyaan oleh saluran media Guangzhou, seorang pekerja di zoo menjelaskan bahawa penjaga zoo tidak akan pernah berani memotong rambut singa itu dan gaya rambut ini disebabkan oleh suhu lembap di Guangzhou.

Kakitangan itu berkata, singa kebiasaannya membersihkan diri sendiri sebagaimana kucing melakukannya iaitu dengan menjilat dan mengais bulunya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker