Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?

Oleh Nurul Aisyah

SATU dunia tahu Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang Perdana Menteri yang GAGAL menguruskan krisis kesihatan Covid-19 dan dikatakan menyalahgunakan kuasa dengan mengisytiharkan darurat untuk “memanjangkan tempoh pentadbirannya”.

Bermula dengan “lockdown separuh masak” yang menjadi antara sekatan pergerakan paling lama di dunia dan jumlah kes serta kematian Covid-19 per kapita tertinggi di ASEAN. Muhyiddin menyebabkan Malaysia turut merekodkan pelaburan langsung asing (FDI) terendah di rantau ini ketika Muhyiddin memimpin negara.



Muhyiddin membelanjakan RM600 bilion dalam pelbagai pakej rangsangan namun ironinya beliau membeli Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi ketika kerajaan mengatakan mereka tidak mempunyai banyak wang.

Kini terbongkar pula gerakan Muhyiddin mahu merampas kuasa untuk jadi PM apabila Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa Muhyiddin telah menghubunginya dua bulan lalu untuk mendapatkan sokongan bagi menjadi PM semula.

Presiden Parti Warisan itu berkata Muhyiddin telah memberitahunya bahawa beliau mendapat sokongan 119 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota.Shafie turut mendakwa Muhyiddin telah membincangkan perkara itu dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bersetuju menyokong Muhyiddin.

Dalam perkara ini Anwar dilihat sebagai sangat tidak beretika. Pakatan Harapan(PH) telah tandatangan MOU untuk menyokong kerajaan Ismail Sabri namun Anwar pula bersetuju untuk menyokong Muhyiddin.



PPBM mengatakan sokongan terhadap Ismail Sabri dan membentuk kerajaan yang ada sekarang tetapi di belakang pula Muhyiddin secara senyap-senyap mengumpul sokongan untuk tumbangkan kerajaan Ismail Sabri.

Malu apa, Abah kau? Asalkan nafsu untuk jadi PM semula tercapai.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker