Dr. Akmal Saleh kecewa dengan sikap Annuar Musa dalam Konvensyen BN

Tadi semasa hampir semua peserta konvensyen Barisan Nasional berdiri semasa ucapan pengerusi BN untuk memberi sokongan bahawa PRU perlu diadakan dalam tahun ini,saya melihat sosok tubuh pemimpin utama yang pernah menjadi idola saya iaitu Tan Sri Annuar Musa tidak berdiri menyatakan sokongan yang ketika itu duduk di hadapan saya.

Saya menganggap itu adalah perkara yang biasa apabila kita berbeza pandangan,tetapi apabila tan sri menggelar semua yang berdiri tadi adalah penakut pada ayahanda presiden saya terus terasa hati.

Tan sri anuar musa, saya mungkin baru dalam politik ini tetapi apabila tan sri menggelarkan kami yang berdiri di kalangan ahli2 biasa ini yang menyatakan sokongan untuk mengadakan pilihan raya dalam tahun ini adalah penakut saya anggap itu adalah kenyataan yang tidak patut dikeluarkan oleh pemimpin utama negara.

Kami ahli biasa ini tidak pernah takut,malah kami ingin meminta pilihanraya diadakan pada tahun ini dan lebih awal adalah kerana kami ingin memulangkan semula mandat kepada rakyat supaya mereka dapat memilih kerajaan pilihan mereka,ini kerana kerajaan yang ada hari ini bukanlah kerajaan yang dipilih oleh rakyat tan sri,dan tan sri juga pernah bercakap dahulu bahawa UMNO dan BN tidak pernah mengkhianati mandat rakyat dan tan sri juga dulu antara orang yang bercakap bagi pihak parti untuk melakukan pilihan raya apabila kerajaan pakatan harapan tumbang untuk menghormati prinsip mandat rakyat..

Mungkin tan sri terlupa,saya mohon untuk mengimbau kembali apa yang tan sri pernah ucapkan dulu.

Kami tidak pernah takut untuk melakukan pilihanraya kerana bagi kami kepentingan parti adalah lebih penting dari jawatan yang ada.

Saya percaya kita semua sayangkan parti,dan saya mohon untuk tan sri menyatakan maaf atas perkataan yang tan sri keluarkan tadi kerana ia benar2 mengguris hati kami ahli yang sayangkan parti.

Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat

Saya mohon maaf jika tulisan ini mengguris hati tan sri,tetapi kesan dari ayat tan sri tadi benar2 membuatkan kami ahli di bawah ini sangat2 terasa.

Moga tan sri diberikan rahmat dan dilindungi oleh Allah..

Dr Akmal Saleh
-ahli parti –

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker