Peguam Diraja UK, Jonathan Laidlaw Miliki Pengalaman Luas – Muhammad Shafee

Peguam Diraja UK, Jonathan Laidlaw Miliki Pengalaman Luas – Muhammad Shafee

Jonathan Laidlaw, seorang Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom yang berhasrat mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan bekas perdana menteri itu berhubung kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd, mempunyai kelayakan khas dan pengalaman sedia ada yang tidak dimiliki dalam kalangan peguambela dan peguam cara di Malaysia, menurut pasukan pembelaan Najib.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam afidavit menyokong permohonan Laidlaw mewakili perayu dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan pada Ogos berkata, Laidlaw yang terlibat dalam 109 kes yang dilaporkan di Mahkamah Bahagian, Mahkamah Rayuan dan House of Lords (kini Mahkamah Agung), mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam pelbagai kes rasuah di UK dan dalam bidang kuasa luar negara.

“Beliau pernah terlibat dalam pendakwaan berkaitan siasatan terbesar terhadap kes rasuah dalam perkhidmatan Polis Metropolitan, yang membawa kepada sabitan dua pegawai (Garner dan McGuinness) yang kemudiannya beralih memberikan bukti bagi mendakwa beberapa bekas rakan sekerja mereka,” katanya sambil menambah bahawa Laidlaw disenaraikan oleh Sunday Times sebagai salah seorang daripada 500 individu paling berpengaruh di Britain.

Menurutnya, Laidlaw merupakan pakar dalam jenayah perniagaan serta jenayah kewangan dan sepanjang kariernya Peguam Diraja itu pernah mewakili beberapa pelanggan korporat seperti Texaco, Gulf, BOC, Ford, Southern Cross, Esso, BHP Billiton, dan Fluor.

“Beliau telah mewakili kedua-dua syarikat dan pengarahnya dalam kes-kes yang melibatkan liabiliti jenayah korporat. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau telah berjaya membela BHP Billiton dalam beberapa siri kes yang dibawa oleh Jabatan Perdagangan dan Perindustrian England, Agensi Maritim dan Pengawal Pantai serta Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan yang timbul daripada satu insiden di medan minyak dan gas Liverpool Bay,” kata peguam itu.

Muhammad Shafee berkata, Laidlaw juga terlibat dalam apa yang dianggap sebagai pendakwaan kes penipuan terbesar di UK bagi pihak Kumpulan Allseas yang mengakibatkan individu disabitkan kesalahan kerana penipuan melibatkan EU100 juta.

Sehubungan itu, beliau membuat kesimpulan bahawa pencapaian yang dikatakan oleh pemohon adalah pada tahap yang luar biasa dan melebihi ukuran pencapaian oleh peguam bela dan peguam cara Malaysia.

“Saya benar-benar percaya tidak ada peguam bela dan peguam cara lain di Malaysia yang memiliki kelayakan, pengalaman dan kepakaran yang sama dengan pemohon khususnya bagi tujuan memajukan kes perayu dan membantu Mahkamah Tinggi dalam menentukan isu-isu yang serius, kompleks atau baru. yang akan timbul dalam rayuan itu,” kata Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee juga meminta mahkamah mempertimbangkan bahawa kepakaran pemohon yang tidak diragui, istimewa dan khusus akan memberi manfaat kepada bukan sahaja pemohon tetapi juga sistem keadilan jenayah Malaysia secara keseluruhan.

Pada 29 April, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan Ogos untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Terdahulu pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Mahkamah Persekutuan merupakan rayuan terakhir Najib terhadap sabitan dan hukumannya.- BERNAMA

Peguam Diraja UK, Jonathan Laidlaw Miliki Pengalaman Luas – Muhammad Shafee

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker