PRU15: Adik-beradik tidak dilupa, Zahid jamin tak pinggir Friends of BN

PRU15: Adik-beradik tidak dilupa, Zahid jamin tak pinggir Friends of BN

Barisan Nasional memberi jaminan tidak akan meminggirkan jasa parti “Friends of BN” menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berunding dengan semua parti komponen BN termasuk daripada “Friends of BN” untuk menentukan calon sesuai bagi mewakili gabungan itu.

“Itu sesuatu yang hampir pasti,” katanya ketika ditanya sama ada BN akan menurunkan calon daripada enam parti “Friends of BN”.

“Kita adalah adik-beradik. Mereka banyak bantu kita dalam pilihan raya…saya akan berunding dengan semua parti (Friends of BN), semua presiden parti komponen dan ‘top 5’ dalam Umno untuk bincang calon sesuai,” kata presiden Umno itu pada sidang media sempena Konvensyen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Enam parti “Friends of BN” adalah Barisan Kemajuan India Se-Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia, Parti Makkal Sakti Malaysia, Parti Bersatu India Malaysia, Parti Cinta Malaysia dan Parti Punjabi Malaysia.

Terdahulu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapannya berkata PRU15 akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang, dan tidak akan dilengahkan sejurus BN bersedia.

Beliau menyeru BN membuat persiapan sebaik mungkin agar “mimpi buruk 22 bulan” ketika gabungan itu menjadi pembangkang selepas kekalahan PRU14 tidak berulang.

“Kita wajib bekerja keras, bersiap siaga dan bersatu padu, dalam menghadapi PRU15 yang akan tiba bila-bila masa dari sekarang,” katanya dalam ucapan sempena konvensyen ulang tahun ke-48 gabungan itu di WTCKL.

Dalam pada itu, mengulas mengenai PRU15 Zahid mengakui sudah melalui beberapa pusingan rundingan dengan kepimpinan tertinggi Umno untuk membubarkan Parlimen.

“Banyak kali kita bincang tetapi kita tak bolehlah dedahkan kepada anda… ini perbincangan dalaman,” katanya tanpa mendedahkan butiran lanjut. FMT

PRU15: Adik-beradik tidak dilupa, Zahid jamin tak pinggir Friends of BN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker