Jamal suruh Khir Toyo ‘go back’

Jamal suruh Khir Toyo ‘go back’

Dr Mohamad Khir Toyo dinasihatkan tidak perlu membuat “come back” sebaliknya lebih baik “go back”, kata Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos, berhubung hasrat bekas menteri besar Selangor itu mahu bertanding di kawasan Parlimen berkenaan.

Jamal berkata, Khir sepatutnya perlu melupakan hasratnya untuk mewakili Umno dan Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).



Katanya, kumpulan penyokong bekas menteri besar Selangor itu disaran supaya lebih memfokuskan persediaan jentera pilihan raya Umno.

“Soal kemenangan PRU15 lebih penting berbanding mencari strategi meletakkan Khir sebagai calon BN di Parlimen Sungai Besar.

“Kepimpinan Umno bahagian ketika ini tidak memikirkan soal calon, namun mahu memastikan gerak kerja parti berjalan lancar bagi menghadapi dan memenangi pilihan raya nanti.

“Beliau tak payah ‘come back‘ (kembali), tetapi terus ‘go back‘ (pergi) sahaja,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.



Pada 29 Mei lalu, Khir menyatakan hasrat bertanding di kawasan Parlimen Sungai Besar, selain mahu mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada Umno dan BN.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu, memaklumkan bahawa beliau yakin dengan penerimaan dan sokongan kuat masyarakat tempatan terhadapnya.

Mengulas lanjut, Jamal sebagai ahli parti menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan tertinggi bagi menentukan calon untuk bertanding.

“Saya sudah mengaktifkan jentera pilihan raya sebaik diberi arahan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada Konvensyen dan Sambutan Ulang Tahun BN ke-48 beberapa hari lalu.



“Selain itu, saya memanggil seramai 300 wanita Bahagian Sungai Besar untuk diberikan taklimat dan gerak kerja sayap berkenaan,” katanya. FMT

Jamal suruh Khir Toyo ‘go back’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker