Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk

Pasangan suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah Perodua Myvi dipercayai dipandu lelaki mabuk dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Merlimau, pagi tadi.

Mangsa, Ezuddin Mohammad, 50, dan isterinya, Surayah Muhamat, 48, meninggal dunia di kejadian akibat cedera parah, dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu.



Manakala seorang lagi penunggang motosikal, Ya’akob Mohamad, 57, turut cedera dan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Amran@Mohamad Zaki Omar, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Melaka ke Merlimau.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pemandu berusia 24 tahun yang dari arah Merlimau itu telah terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Kedua-dua motosikal itu tidak sempat mengelak dan dirempuh, menyebabkan pasangan suami isteri mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi.



“Seorang lagi penunggang motosikal terselamat namun mengalami kecederaan dan motosikalnya terbakar di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, menurut laporan Kosmo!.

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker