Hadi pertahan pertemuan Muhyiddin dengan pembangkang

Hadi pertahan pertemuan Muhyiddin dengan pembangkang

Perbincangan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dengan pemimpin pembangkang hanya melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan negara.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tidak mendapat sebarang maklumat yang mendakwa Muhyiddin telah melakukan perbincangan dengan pemimpin pembangkang untuk menjadi perdana menteri semula.

“Maklumat itu tak ada. Saya dimaklum perbincangan biasalah berkaitan dengan negara. Masalah kerjasama tak ada. Tak timbul,” kata Abdul Hadi.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Presiden Parti Warisan Malaysia (Warisan), Tan Sri Shafie Apdal bahawa Muhyiddin telah menghubunginya dua bulan lalu untuk mendapatkan sokongannya untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan, Presiden Warisan itu berkata, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan 119 ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota.

Kata Shafie, Muhyiddin turut mendakwa beliau telah membincangkan perkara itu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju menyokong Muhyiddin.

Sementara itu Abdul Hadi berkata, Muhyiddin merupakan antara calon perdana menteri Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Umum ke-15.

“Benda yang akan datang kita tak akan tahu. Akan datang kita tak tahu. Memang beliau salah seorang calon perdana menteri dalam Perikatan Nasional,” katanya. MG

Hadi pertahan pertemuan Muhyiddin dengan pembangkang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker