Pemandu Myvi mabuk direman esok

Pemandu Myvi mabuk direman esok

JASIN: Polis akan menahan reman pemandu Perodua Myvi yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri dalam kemalangan di Jalan Serkam Pantai, Merlimau di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, penahanan reman pemuda berusia 24 tahun itu akan dilakukan esok bagi membantu siasatan kes.

Katanya, setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Esok, kita akan membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Jasin terhadap pemandu Perodua Myvi yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.

“Kita masih menunggu laporan penuh ujian alkohol daripada pihak perubatan hospital,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah Perodua Myvi dipercayai dipandu lelaki mabuk dalam nahas membabitkan empat kenderaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa, Ezuddin Mohammad, 50, dan isterinya, Surayah Muhamat, 48, yang menunggang Yamaha Ego Solaris meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Ketika kejadian pasangan itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Melaka ke Merlimau sebelum tiba-tiba sebuah kereta dari arah Merlimau terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal ditunggang mangsa.

Pasangan suami isteri itu dilaporkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Utusan

Pemandu Myvi mabuk direman esok


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker