Kami ikrar terus kekal dalam Malaysia – Abang Jo
Kami ikrar terus kekal dalam Malaysia – Abang Jo
Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Sarawak yang diadakan di sini hari ini menyaksikan ikrar rakyat negeri ini untuk terus kekal dalam Persekutuan Malaysia.
Premier Sarawak, Abang Johari Openg yang menyuarakan ikrar itu berkata, Sultan Abdullah yang telah melakukan beberapa lawatan ke negeri ini tahun ini merupakan ketua negara yang amat prihatin terhadap rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik mereka.
“Sebagai sebahagian daripada wilayah yang menubuh Malaysia, kita di Sarawak akan terus bersama dalam Malaysia dan membangun seperti termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.
Berucap di majlis sambutan tersebut, beliau berkata, Sarawak mempunyai perancangan dan dasar mantap bagi memastikan keamanan, kemakmuran dan kemajuan dapat terus dikecapi.
Menurutnya, kerajaan Sarawak telah merancang pelbagai strategi termasuk Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) yang akan dilaksanakan bagi memastikan negeri ini terus membangun dan hasil ekonominya terus dapat diagih dengan menyeluruh kepada rakyat.
Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak menyasarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak enam hingga lapan peratus setahun seterusnya untuk meningkatkan pendapatan rakyat negeri ini menjelang tahun 2030.
Beliau berkata, sambutan ulang tahun kali ini merupakan acara tonggak pertama secara bersemuka diadakan susulan pandemik Covid-19 dan Sarawak akan menganjurkan lebih banyak lagi acara tonggak secara fizikal termasuk sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai dan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.
Terdahulu Premier mewakili seluruh rakyat Sarawak mengucapkan setinggi tahniah dan selamat hari keputeraan kepada Yang di-Pertuan Agong dan berdoa semoga baginda dan Permaisuri Agong serta keluarga baginda sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. FMT
Kami ikrar terus kekal dalam Malaysia – Abang Jo
Baca Artikel Menarik:
- Chong Wei Nafi Kaut RM329 juta
- Tiada Tarikh Tamat MoU Kerajaan Dan PH – Annuar Musa
- Dr. Akmal Saleh kecewa dengan sikap Annuar Musa dalam Konvensyen BN
- Pondok dari luar dilihat ‘papa’, di dalam mewah tular sehingga luar negara
- PRU-15: Najib harap ‘top 4 UMNO’ bantu PM buat keputusan tepat
- Zuraida sepatutnya berbincang dengan saya dulu – Ismail Sabri
- Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat
- Yusuf Azmi ajak Azwan Ali berjumpa kasi ‘settle’ [VIDEO]
- Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir
- Adakah Rafizi Menang Kerana Pengundi Hantu?
- 15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]
- Adi Putra punya kekayaan bernilai lebih RM21j?
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]