BLACKPINK Artis Kumpulan Wanita Pertama Asia Hiasi Muka Depan Rolling Stone [VIDEO]

BLACKPINK Artis Kumpulan Wanita Pertama Asia Hiasi Muka Depan Rolling Stone [VIDEO]

KUMPULAN K-Pop dari Korea Selatan BLACKPINK dipilih menghiasi wajah hadapan majalah muzik Rolling Stone edisi Jun, sekali gus menjadi kumpulan wanita pertama dari Asia diberi penghormatan tersebut.

Ia juga merupakan kali pertama dalam tempoh lebih 20 tahun sebuah kumpulan muzik semua wanita sebagai penghias muka hadapan majalah berkenaan.

BLACKPINK yang dianggotai Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa merupakan kumpulan wanita ketiga yang muncul di muka hadapan Rolling Stone.
Spice Girls mendapat penghormatan pertama pada tahun 1997, sebelum Destiny’s Child pada 2001.

Kumpulan itu sudah lebih setahun tidak menghasilkan muzik bersama, dengan anggotanya kini sibuk dengan projek solo masing-masing.

Mereka bagaimanapun mengesahkan baru-baru ini bahawa mereka telah bekerja keras untuk album seterusnya, yang dilaporkan akan dikeluarkan pada akhir tahun ini.

“Kami bukan sahaja menerima lagu yang telah siap. Kami terlibat dari awal, membina, menambah dan bertukar maklum balas. Semua proses ini membuatkan saya bangga dengan muzik kami,” kata salah seorang anggota kumpulan, Jisoo.

BLACKPINK Artis Kumpulan Wanita Pertama Asia Hiasi Muka Depan Rolling Stone [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker