Saya menang besar, Nazri bidas balik

Saya menang besar, Nazri bidas balik

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz membidas kenyataan Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed bahawa beliau penakut apabila tidak mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan dengan segera.

Nazri yang pernah menjadi menteri bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak berkata, hujah Nur Jazlan itu sangat tidak logik.



“Beliau kata saya tidak mahu PRU diawalkan sebab saya takut. Kalau tengok sejarah PRU14 waktu tsunami pilihan raya, Umno di peringkat paling rendah sekali di mata rakyat.

“Saya berani lawan jadi calon dan saya menang dengan majoriti bertambah di Padang Rengas,” katanya kepada FMT.

“Berdasarkan kenyataannya (Nur Jazlan) bahawa suasana sedang elok, baik buat cepat PRU, (sepatutnya) saya menang besar. Buat apa takut?”.

Semalam, Nur Jazlan meminta Nazri, Annuar Musa dan Tajuddin Abdul Rahman tidak lagi “bercakap” kerana tidak menyumbang kepada kebaikan parti susulan keengganan mereka menyokong pembubaran Parlimen lebih awal bagi membolehkan PRU15 diadakan.



Jazlan menggambarkan ketiga-tiga mereka sebagai “penakut”, selain hanya mahu menjaga “tembolok” sendiri.

Nazri turut juga menafikan tuduhan Jazlan bahawa beliau takut kehilangan gaji.

“Saya tiada gaji tetapi hanya elaun (sebagai wakil rakyat) yang saya tak sentuh untuk diri saya. (Juga) peruntukan diberikan untuk digunakan buat rakyat.

“Saya bukan ada gaji dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau menteri,” katanya.



Nazri berkata, beliau tidak setuju PRU15 diadakan awal kerana ia akan memakan belanja yang banyak.

“Duit itu baik guna bantu rakyat daripada adakan pilihan raya yang tak perlu sekarang,” katanya. FMT

Saya menang besar, Nazri bidas balik


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker