‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa beliau tidak pernah meminta sokongan untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Menurut beliau, Muhyiddin perlu untuk menekan butang seperti yang pernah diperkatakan untuk menjatuhkan kerajaan negeri Johor.



“Tidak mengapa. 119 tidak dapat sekarang, boleh cuba tekan butang. Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), ada peluang dapat 222,” ujarnya pada Ahad.

Pada Ahad, Muhyiddin menafikan dakwaan bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah memberitahu atau mengesahkan kepada sesiapa bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Najib mempersoalkan bahawa adakah tindakan Muhyiddin tersebut masih tidak mampu untuk mendapat majoriti.

“Dia bukan tidak cuba, cuma dia tak dapat sokongan 119 ke?



“Ataupun adakah ini bermaksud Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berbohong dan telah memfitnah bahawa Muhyiddin mahu tumbangkan Ismail Sabri untuk kembali sebagai Perdana Menteri dengan serta-merta?” soalnya.-SH

‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker