ADUN Kukusan Umum Keluar Parti, Shafie Yakin Warisan Tetap Kukuh

ADUN Kukusan Umum Keluar Parti, Shafie Yakin Warisan Tetap Kukuh

KOTA BELUD: Parti Warisan (Warisan) yakin tetap teguh walaupun seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu mengumumkan keluar parti hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata walaupun pelbagai cara digunakan pihak tertentu untuk menjatuhkan Warisan namun sokongan kuat penyokong membolehkan parti itu terus kukuh.

“Kita masih mantap di Tawau… Kalabakan… dengan berbagai langkah yang mereka lakukan untuk menekan, melemahkan Warisan… Warisan insya-Allah masih kuat,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Kaamatan Warisan di Dewan Kedamaian Square Taginambur pada Ahad.

Shafie mengulas tindakan ADUN Kukusan yang juga Naib Ketua Wirawati Warisan, Rina Jainal yang mengumumkan keluar parti dan mengesahkan menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) pada Ahad.

Dalam pada itu, ditanya sama ada terdapat sebarang tindakan undang-undang bakal diambil terhadap Rina, berikutan sebelum ini sudah menandatangani surat aku janji taat setia kepada parti, Mohd Shafie berkata ia akan dilakukan kelak.

Mengenai perkembangan terkini tindakan undang-undang yang diambil Warisan ke atas lima bekas ADUN yang terlebih dahulu mengambil keputusan keluar parti, Mohd Shafie menyatakan sebahagiannya sudah dibawa ke mahkamah.

“Sebahagiannya memang kita dah bawa ke mahkamah, kita heret mereka oleh kerana perjanjian yang telah kita nyatakan kepada mereka… pengakuan mereka…itu sememangnya akan menjadi satu tindakan yang kita lakukan,” katanya.-AA

ADUN Kukusan Umum Keluar Parti, Shafie Yakin Warisan Tetap Kukuh

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker