Guru Pengsan Di Masjid Sebelum Meninggal Dunia

Guru Pengsan Di Masjid Sebelum Meninggal Dunia

LIPIS: Kegembiraan seorang guru bersama keluarga mentua untuk bercuti ke Negeri Sembilan bertukar hiba apabila dia pengsan sebelum disahkan meninggal dunia di Benta di sini, semalam.

Difahamkan mangsa, Nik Zulkiflee Nik Yusof, 48, bersama ahli keluarganya dalam perjalanan ke Negeri Sembilan lalu singgah di Masjid Baharu Benta di sini untuk berehat dan solat.



Bagaimanapun mangsa tiba-tiba pengsan dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Benta untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia pada jam 4.05 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan seorang mangsa lelaki pengsan di Masjid Baharu Benta.

“Mangsa dibawa ke klinik kesihatan berdekatan oleh orang ramai yang berada di masjid untuk menerima rawatan.

“Ketika menerima rawatan, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas di klinik kesihatan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, guru tersebut beralamat di Kampung Demit Darat, Jalan Sultanah Zainab 2, Kota Bharu.



“Arwah yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Amalin Puteri, Kota Bharu telah bersama keluarganya dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur,” ujarnya.-AA

Guru Pengsan Di Masjid Sebelum Meninggal Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker