Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen

Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen

Puchong: Sebuah salon di Bandar Puteri Puchong, di sini, yang tular selepas didakwa menyediakan khidmat pendandan rambut wanita yang seksi dikenakan tindakan kompaun, semalam, kerana beroperasi tanpa lesen.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Azfarizal Abdul Rashid berkata, seramai tiga anggota penguatkuasa MBSJ serta empat anggota polis membuat pemeriksaan di premis berkenaan, semalam.

“Hasil pemeriksaan dilakukan mendapati premis itu menjalankan aktiviti perniagaan tanpa mempunyai lesen sah daripada MBSJ.

“Susulan itu, MBSJ mengeluarkan dua notis tawaran kompaun (NTK) di bawah UUK 3: Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan (MPSJ) 2013 atas kesalahan mengendalikan pusat kecantikan dan kesihatan tanpa lesen serta dua UUK 7: Undang-Undang Kecil Iklan (MPSJ) 2007 atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azfarizal berkata, pemantauan berkala akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak atau premis yang didapati melanggar peraturan dan syarat-syarat ditetapkan.

“Sebarang aduan atau permasalahan boleh terus melaporkan melalui aplikasi aduan awam MBSJ atau Pusat Panggilan Kawalan MBSJ (Command Centre) di talian 03-80247700,” katanya.

Terdahulu, beberapa gambar memaparkan wanita berpakaian menjolok mata yang mendandan rambut pelanggan lelaki di salon berkenaan tular di media sosial, sejak kelmarin.

Sementara itu, pemilik salon berkenaan menerusi hantaran di akaun Facebook mendakwa premis berkenaan adalah salon biasa.

“Hentikan menyebar gambar wanita berkenaan dengan menyatakan bahawa kedai kami ada menyediakan perkhidmatan istimewa,” katanya.

Hantaran itu turut disertakan dengan laporan polis yang menyatakan bahawa gambar wanita seksi terbabit diambil semasa pembukaan premis berkenaan bagi tujuan promosi dan bukannya kedai urut. HM

Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker