Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu


Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu

JATUH tingkat 21 sudah cukup untuk mengakibatkan cedera parah hingga meragut nyawa. Namun tidak bagi wanita ini.

Berpantang maut sebelum ajal, seorang wanita di Indonesia masih bernyawa apabila terjatuh dari aras 21 kediamannya .

Menurut Tribun News, mangsa, AN, 55, terjatuh susulan tergelincir dari balkoni di kediamannya semasa membuat kerja rumah.

“Polis Kelapa Gading menerima laporan bahawa seorang wanita jatuh dari Apartmen Gading Nias Residence Tower Emerald, Kelapa Gading di Jakarta Utara.

“Hasil siasatan mendapati, AN dikatakan tergelincir dari balkoni pangsapuri itu yang berketinggian 21 tingkat ketika sedang menjemur baju,” katanya Ketua Polis Kelapa Gading, Vokky Sagala.

USIANYA PANJANG, TIDAK SEPERTI KEBANYAKAN MANGSA YANG TERJATUH DARI TEMPAT TINGGI YANG CEDERA PARAH PADA BAHAGIAN KEPALA DAN TULANG BELAKANGNYA SELAMAT.

Dia difahamkan hanya mengalami patah tulang di bahagian bahu kiri gara-gara terjatuh di atas bumbung kereta jenis Toyota.

AN dikejarkan ke Hospital Sakit Gading Pluit, Jakarta Utara untuk dirawat.

“Kami sempat berhubung dengan mangsa yang menyatakan bahawa dia tergelincir ketika menjemur pakaian, namun kami masih menjalankan siasatan lanjut,” ujarnya. SPlus

Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker