Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis



Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis

Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan 10 bekas ahli Parlimen PKR akan menarik sokongan sekali gus menyaksikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tumbang jika Zuraida Kamaruddin digugurkan daripada Kabinet.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain berkata, tidak mudah untuk Ismail mengugurkan Zuraida walaupun dia telah keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Katanya, ini kerana ahli Parlimen Ampang itu mempunyai pengaruh dalam kalangan bekas wakil rakyat dan ahli PKR.

Kata Atory, kedudukan perdana menteri boleh tergugat pada bila-bila masa dan disebabkan itu Ismail perlu bertindak dengan berhati-hati untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya.




“Manfaat yang perdana menteri dapat dengan mengekalkan Zuraida penting kerana ahli Parlimen Ampang itu mempunyai 10 atau 11 bekas ahli Parlimen PKR yang menjadi pengikut dan penyokongnya.

“Kalau Ismail gugurkan Zuraida dan dilantik menteri baharu daripada Bersatu, alamatnya sokongan penyokong Zuraida termasuk Mohamed Azmin Ali tentu lari daripada Kabinet menyebabkan kerajaan Ismail tumbang,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan perdana menteri mengekalkan Zuraida dalam Kabinet merupakan salah satu strategi Umno untuk mendapatkan sokongan PBM yang disertai ahli Parlimen Ampang itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Ini strategi politik kerana Umno dan BN memerlukan sokongan tak kira daripada mana. Jadi dalam PRU15 tak rugi apa-apa bagi pihak Umno kerana ia berseteru dengan Bersatu. Umno dapat manfaat jika PBM mempunyai sokongan kuat dan PBM bersama Umno untuk menempuh PRU15.

“Jadi ini timbang balas jika perdana menteri berkeras bahawa Zuraida masih menteri,” katanya.




Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) pula berpandangan bahawa Ismail tidak mahu memburukkan lagi situasi politik dengan membuat keputusan terburu-buru menggantikan Zuraida walaupun diasak oleh pemimpin Bersatu.

“Jika perdana menteri melayan tuntutan Bersatu, ia akan menyebabkan ketidakpuasan hati PBM dan juga mengundang kemarahan Umno. Ini menyebabkan konflik akan menjadi semakin teruk dan krisis kepercayaan terhadap Ismail akan tercetus dan mampu mengancam kedudukannya sebagai perdana menteri.

“Ismail amat selesa dengan politik ‘play safe’ untuk kekalkan kuasanya sebagai perdana menteri dan menjaga reputasinya sendiri selain tidak mahu mencipta musuh baharu dalam politik.

Pada 1 Jun lalu, Ismail berkata, Zuraida hanya keluar Bersatu, bukan berundur sebagai menteri susulan tuntutan parti itu yang mahu jawatannya diisi calon baharu daripada Bersatu.

Ismail berkata, kedudukan Zuraida dalam Jemaah Menteri perlu dibincangkan antara mereka berdua terlebih dahulu.




Semalam, Zuraida berkata beliau akan menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, susulan kenyataan Ismail itu, meskipun meninggalkan parti komponen pemerintah dan berada di luar Perikatan Nasional mahupun Barisan Nasional. FMT

Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang



Leave a Reply

Your email address will not be published.