Ismail arah baiki segera kerosakan kemudahan di ICQ Johor

Ismail arah baiki segera kerosakan kemudahan di ICQ Johor

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan kemudahan awam di Kompleks Kastam dan Imigresen (ICQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor, segera dibaik pulih.

Beliau yang mengadakan tinjauan mengejut ke kompleks berkenaan hari ini, mendapati eskalator dan pintu automatik (autogate) untuk pemegang pasport Malaysia mengalami kerosakan.



“Saya mendapati kemudahan termasuk pengangkutan awam dalam keadaan baik kecuali kerosakan eskalator dan ‘autogate’ untuk pemegang pasport Malaysia.

“Kekurangan ini perlu diselesaikan segera untuk kemudahan Keluarga Malaysia dan pengembara dari luar kerana ia salah satu pintu masuk utama negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Yang turut sama dalam tinjauan itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ismail Sabri berkata, kompleks berkenaan sudah kembali beroperasi selepas sempadan negara dibuka semula sepenuhnya. BH



Ismail arah baiki segera kerosakan kemudahan di ICQ Johor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis



Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker