“Peti Suara Bengkak Akibat Gastrik’ Penyanyi Ramlah Ram Dinasihatkan Doktor Supaya Berehat

“Peti Suara Bengkak Akibat Gastrik’ Penyanyi Ramlah Ram Dinasihatkan Doktor Supaya Berehat

GARA-GARA penyakit gastrik yang dihidapi sejak sekian lama, penyanyi Ramlah Ram turut mengalami masalah bengkak pada bahagian peti suara.

Disebabkan itu juga doktor menasihatkan Ramlah, 57, untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti nyanyian dan mengambil tempoh rehat sekurang-kurangnya lima hari bermula Selasa lalu.

“Saya memang ada masalah gastrik, disebabkan itu asid refluks naik ke bahagian peti suara sehingga ia menjadi bengkak.

“Kalau ikutkan sepatutnya kena rehat selama dua minggu, tetapi kata doktor lihat dahulu bagaimana keadaan selepas lima hari. Kalau terus menyanyi akan memberi kesan kepada peti suara dan jika serius perlukan pembedahan.

“Jika pembedahan dilakukan ia boleh memberi kesan kepada tone suara saya,” katanya kepada mStar. Ramlah ditemui ketika sidang media majlis sidang media Konsert Tribute Seniman Negara: Datuk Seri Ahmad Nawab di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis

Dalam majlis tersebut, Ramlah yang sepatutnya membuat persembahan namun enggan mengambil risiko kerana bimbang tidak boleh menyanyi pada hari konsert sebenar yang dijadualkan pada 1 hingga 3 Julai.

“Saya juga telah maklumkan kepada pengurus supaya tidak menerima sebarang undangan nyanyian dalam masa terdekat.
Biarlah saya berehat dahulu.

“Bimbang juga jika masalah ini berlarutan, saya tidak boleh menyanyi ketika hari konsert nanti,” ujarnya.

Sebagai seorang penyanyi, Ramlah akui bimbang jika masalah serius akan terjadi sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

Akur dengan segala ketentuan, Ramlah dalam masa sama menjaga pemakanan sebaik mungkin selain mengambil ubat yang telah diberikan doktor.

“Tentulah risau jika perlukan pembedahan. Saya sentiasa berdoa semoga semuanya kembali baik. Saya tahu suara ini adalah pinjaman Allah dan Dia boleh tarik bila-bila masa sahaja.

“Dalam tempoh rehat ini saya menjaga pemakanan. Saya tidak mengambil makanan pedas dan berangin. Selain itu saya masih makan ubat yang dibekalkan doktor,” jelasnya.mSTAR

“Peti Suara Bengkak Akibat Gastrik’ Penyanyi Ramlah Ram Dinasihatkan Doktor Supaya Berehat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker