Penumpang OKU Ditinggalkan Dalam Pesawat Selama 90 Minit [VIDEO]

Penumpang OKU Ditinggalkan Dalam Pesawat Selama 90 Minit

SEORANG wanita yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) ditinggalkan di dalam pesawat di Lapangan Terbang Gatwick di London selama lebih sejam dan 30 minit.

Ia berikutan tiada seorang pun kakitangan datang untuk membantu penumpang itu Penerbit radio, Victoria Brignell yang lumpuh di bahagian badan ketika itu menaiki penerbangan pulang dari Malta pada Sabtu



Bercakap kepada Good Morning Britain, penduduk London itu berkata: “Saya menikmati percutian yang indah di Malta, dan pesawat kami mendarat di Gatwick.

“Bagaimanapun, tidak lama selepas mendarat, salah seorang kakitangan syarikat penerbangan datang kepada saya dan memberitahu mereka meminta maaf kerana kakitangan lapangan terbang yang datang untuk menurunkan (saya) dari pesawat akan mengambil masa sekurang-kurangnya 50 minit lagi.

“Dan kemudian masa berlalu dan saya diberitahu mereka akan mengambil masa setengah jam lagi, dan akhirnya saya terkandas selama satu jam 35 minit lagi,” katanya.



Dia menegaskan bahawa adalah tanggungjawab lapangan terbang untuk mengeluarkannya dari pesawat, dan bukannya kakitangan syarikat penerbangan.

“Ia sangat mengecewakan,” tambah Victoria.

“Saya menempah (khidmat) sokongan dua bulan lebih awal, bukannya mereka tidak menjangkakan (kehadiran) saya, mereka tahu saya akan datang

“Bukan saya saja yang terkesan, malah pesawat itu tidak boleh berlepas sehingga saya keluar dari pesawat, jadi penerbangan seterusnya ditangguhkan selama satu setengah jam juga,” katanya.



Jurucakap lapangan terbang berkata: “Layanan yang diterima di Lapangan Terbang Gatwick itu tidak boleh diterima dan saya ingin memohon maaf setulus hati kepada Victoria.

“Insiden ini telah diberi perhatian. Gatwick dan Wilson James, penyedia bantuan kami sedang menyiasat bagaimana perkara ini boleh berlaku,” katanya. – Metro UK

Penumpang OKU Ditinggalkan Dalam Pesawat Selama 90 Minit



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis



Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker