Penduduk terkejut ikan mahal berharga puluhan ribu ringgit dicuri memerang

KAWANAN memerang yang kelaparan didapati mencuri ikan-ikan mahal dari kolam penduduk di Wiltshire, England. – Wessex News Agency

LONDON – Pemilik-pemilik rumah di sebuah kawasan kejiranan di Britain terkejut apabila mendapati ikan peliharaan yang berharga beribu-ribu pound telah dicuri oleh kawanan memerang yang memecah masuk ke kolam milik mereka, lapor akhbar Metro UK semalam.

Polis di Corsham, Wiltshire, percaya bahawa kawanan memerang yang kelaparan menjadi punca kepada kejadian-kejadian tersebut selepas mendapatkan pandangan daripada pasukan kejiranan bandar itu.

Mereka kemudian mengeluarkan amaran yang meminta para pemilik rumah untuk ‘mengurung’ ikan peliharaan mereka dan menasihati penduduk untuk memasang jaring yang dikimpal atau pagar berwayar bagi menjauhkan mamalia tersebut.

“Ini bukan bidang kuasa polis tetapi ikan tersebut berharga sangat mahal,” kata polis Wiltshire dalam satu kenyataan.



Tambah polis, kedua-dua penyelesaian itu tidak berbahaya terhadap memerang, namun dapat menghalangnya daripada memakan ikan di dalam kolam.

Dalam satu kejadian, penduduk bernama Leo Pocock mendapati beberapa ekor memerang telah menyelinap masuk ke dalam taman di pekarangan rumahnya pada waktu malam dan mencuri empat ekor ikan koi miliknya.

“Saya telah membela ikan selama 25 tahun dan tidak pernah diancam oleh memerang sehingga kini. Ia mencuri ikan koi spesies ‘siroutsuri’ bersaiz 45.7 sentimeter yang bernilai ratusan pound.

“Saya kehilangan ikan dengan jumlah kerugian sebanyak £1,500 (RM8,132). Ia bukan mengenai wang, tetapi saya telah memelihara ikan-ikan itu sejak kecil dan memberi makan dua kali sehari seperti kucing,” katanya. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker