Sabronzo Dolla dikritik buat aksi twerk

Sabronzo Dolla dikritik buat aksi twerk

Sakan melakukan tarian mencolok mata, salah seorang ahli kumpulan Dolla, Sabronzo menerima kecaman netizen yang berpendapat aksi tersebut tidak sesuai dilakukan oleh wanita beragama Islam.

Menerusi video yang dimuat naik dalam TikTok, Sabronzo atau nama sebenarnya Sabrina Rusli, 27, menari tarian dipercayai gaya twerk yang terkenal dengan aksi seksi serta menggoda.



Dalam video sama, Sabronzo turut menari bersama ahli kumpulan Dolla lain iaitu Tabby, Angel dan Syasya.

Aksinya mendapat perhatian netizen termasuk para peminatnya yang menegur tarian berkenaan tidak sepatutnya dilakukannya dan dimuat naik dalam media sosial.

Selain kecaman, terdapat juga netizen yang berdoa agar Sabronzo sedar kesilapan dan berubah ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.

“Sabronzo, ini agak melampau,” komen netizen.



“Apapun yang dia lakukan, itu hak sendiri. Lebih baik berdoa agar dia berubah menjadi lebih baik,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sebagai info, twerk bermaksud menari mengikut muzik yang melibatkan pergerakan pinggul dengan aksi seksual.

Sekitar tahun 2013, selebriti terkenal antarabangsa, Miley Cyrus pernah mencetuskan kekecohan apabila melakukan aksi twerk terhadap penyanyi Robin Thicke pada persembahan Anugerah Muzik MTV 2013. K Online

Sabronzo Dolla dikritik buat aksi twerk




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis



Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker