Tak semua ketua bahagian jadi calon PRU15

Tak semua ketua bahagian jadi calon PRU15

Kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa bukan semua ketua bahagian akan menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang (PRU15) disifatkan sebagai amaran kepada segelintir pemimpin parti itu yang bersikap seperti lalang.

Ketua Umno Wangsa Maju Shafie Abdullah mendakwa masih ada pemimpin dilihat tidak taat kepada keputusan parti, termasuk yang masih mahu menjalinkan kerjasama dengan parti komponen Perikatan Nasional (PN), Bersatu dan PAS yang sudah pun ditolak majoriti akar umbi.

Menurutnya, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memberi bayangan bahawa calon Umno mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang bukan sahaja perlu berwibawa tetapi berintegriti dan berdaya tahan.

“(Kenyataan Zahid) bermaksud ketua bahagian yang kejap ‘corner’ kiri dan kanan tidak boleh jadi calon. Sebab kita tengok sekarang, ada yang sekejap sokong Muhyiddin Yassin (kerjasama dengan Bersatu), selepas itu (sokong) PM (Ismail Sabri Yaakob) dan presiden (Zahid)…ramai jual tapak, ikut angin.

“Sekejap sokong Umno, sekejap sokong Bersatu sedangkan Umno pusat sudah buat keputusan tidak mahu dengan Bersatu dan PAS sebab dua-dua ini dalam PN. Mereka yang tidak setia tak wajar dicalonkan,” katanya kepada FMT.

Berucap di majlis Wacana Aspirasi Umno semalam, Zahid memberi jaminan bahawa parti bukan hanya memberi keutamaan kepada pemimpin bahagian untuk menjadi calon pada PRU15.

“(Calon) PRU15, insyaAllah mungkin yang ada di atas pentas ini (Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dan Naib Presiden MCA Ti Lian Ker).

“…dan saya tidak akan meraikan hanya pemegang jawatan di bahagian saja jadi calon,” katanya.

Ketua Umno Pasir Puteh Zawawi Othman pula berkata, jawatan di peringkat bahagian tidak menjamin tiket menjadi calon BN pada PRU.

Sejarah membuktikan, katanya, individu yang bukan ahli juga boleh dicalonkan asalkan mereka mampu menang serta berkhidmat dengan baik.

Mengambil contoh bekas menteri kewangan kedua Nor Mohamed Yakcop yang menjadi calon BN di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 2008, Zawawi berkata, individu yang dipilih harus disenangi rakyat dan tidak menjadi liabiliti kepada parti.

“Yang tak dapat jadi calon, kena terimalah. Macam saya akan akur dengan hati terbuka kalau tidak dicalonkan. Kita bantu kempen seperti orang bekerja ketika kita jadi calon.

“Kita harus balas budi parti. Dulu kalau kita jadi calon sampai jadi menteri, sekarang anak buah kita jadi calon pula, jangan merengek (merintih),” katanya. FMT

Tak semua ketua bahagian jadi calon PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker