Mayat pekerja ladang hilang ditemui dalam perut buaya

Mayat pekerja ladang hilang ditemui dalam perut buaya

KINABATANGAN – Mayat pekerja ladang yang dilaporkan hilang di sungai pada Rabu lalu ditemui dalam mulut buaya di Sungai Koyah dekat Ladang Linddale, Paris 2 petang semalam.

Mayat Roberto Martinus, 37, bagaimanapun hanya berjaya dilepaskan dari mulut buaya selepas anggota polis menembak reptilia berkenaan, kira-kira pukul 5.45 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba, Azlan Shah Jamalluddin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua dimulakan sekitar pukul 9.40 pagi.

Katanya, pencarian dijalankan di permukaan air menggunakan bot penyelamat menelusuri sungai di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat di mulut buaya dan pasukan polis melakukan 12 das tembakan sebelum haiwan itu melepaskan mangsa dan keadaan jasadnya dalam keadaan tidak sempurna. Hanya kaki sebelah kiri saja yang yang ditemui,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, tindakan pengecaman mangsa kepada ahli keluarganya yang turut hadir di lokasi kejadian dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. K Online

Mayat pekerja ladang hilang ditemui dalam perut buaya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker