Ini Rupanya Pemilik Superyacht Lalu Sungai Perlis

Ini Rupanya Pemilik Superyacht Lalu Sungai Perlis

Kecoh semalam tentang Superyacht yang lalu sungai Perlis. Rata-rata nelayan dan penduduk Kuala Perlis juga terkejut melihat kapal layar mewah besar yang tiba berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis semalam sebab jarang-jarang berlaku.

Nama kapal layar mewah ni, Adastra dan diambil dari bahasa Latin bermaksud ‘menuju ke bintang-bintang’. Harga Adastra ni ketika dijual bernilai RM44.5 juta dan kos operasi dia sahaja mencecah RM4.45 juta setahun. Memang dalam mimpilah orang biasa macam kita ni nak beli. Huhu..

Ramai tanya, siapa pemilik kapal layar ni unik dan futuristik ni?
Ia dibina oleh McConaghy Boats untuk seorang baron perkapalan di Hong Kong dan mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan.



Sudah memiliki perniagaan mega sejak 1973

Memetik laporan portal superyacht sedunia, pemilik asal kapal layar mewah ini adalah Antony Marden, 73 tahun dan mempunyai beberapa perniagaan seperti Fenwick Shipping, Magsaysay Transport and Logistic Group dan banyak lagi.

Syarikat beliau boleh dikatakan hanya melibatkan perkhidmatan logistik, pengantaran kontena dan pelancongan. Beliau juga mempunyai bunker marin, pembaikan dan perkhidmatan marin serta perundingan marin.

Nilai kekayaan Antony untuk semua perniagaan ni dianggarkan sebanyak USD200 juta atau RM890 juta.



Sekarang Antony lebih gemar meluangkan masa bersama keluarga dengan berlayar dan kini memiliki beberapa pulau persendirian di Pulau Pangkil, Indonesia dan resort butik Pulau Joyo di Kepulauan Riau.

Mahu jual kapal layar mewah viral
Bagaimanapun, Antony pada tahun 2019 pernah mengeluarkan kenyataan untuk menjual kapal layar mewah terbabit pada harga USD12 juta (RM53.44 juta). Laman jual beli kapal layar mewah, Boat International bagaimanapun menunjukkan harga yang lebih murah iaitu pada sekitar USD10 juta (44.5 juta). Om


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker