Yasmin, Alif belum tetap tarikh kahwin

Yasmin, Alif belum tetap tarikh kahwin

Selebriti popular, Yasmin Hani dan kekasihnya, Alif Hadi belum berbincang soal perkahwinan, biarpun hampir setahun menjalinkan hubungan cinta.

Menyedari ramai mahu melihatnya dan Alif mendirikan rumah tangga, namun, mereka enggan terburu-buru memandangkan pernah berdepan dengan kegagalan rumah tangga.



“Apapun, saya amat menghargai doa dan harapan peminat mahu melihat kami bersatu menerusi ikatan perkahwinan dengan segera.

“Membina masjid memang digalakkan dalam agama Islam. Tiada salah perkara baik dipercepatkan.

“Cuma, saya dan Alif belum berbincang dengan lebih lanjut mengenai perkahwinan termasuk tarikh.

“Namun, jujurnya, kami mahukan yang terbaik untuk hubungan ini,” katanya.



Terdahulu, Alif pernah menyuarakan keinginannya untuk mempercepatkan hubungan ke arah fasa perkahwinan jika diizinkan Allah.

Ibu kepada Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong itu berkata, dia tidak mahu mengulangi kesilapan lalu.

“Perkahwinan bukan soal perkongsian hidup sehari dua. Jadi, saya dan Alif harus buat pertimbangan banyak perkara.

“Tambahan saya sudah memiliki dua cahaya mata. Alif sendiri berusaha dengan baik bukan setakat mahu memenangi hati saya, malah, anak-anak juga,” katanya.



Ditanya impian perkahwinan, dia belum berani membayangkan dengan kata-kata.

“Sama ada nak perkahwinan ringkas atau sebaliknya, saya tak berani nak cakap lebih.

“Secara peribadi, berkahwin untuk kali kedua, konsep ringkas sudah memadai. Apabila keluar cerita rancangan perkahwinan daripada mulut Alif, sudah ada pula yang berharap diundang menghadiri majlis kami.

“Bukan tak nak jemput, macam saya tegaskan, belum ada tarikh yang ditetapkan. Kalau jadi ke arah ini, saya tak nak buat majlis besar-besaran dan membazir.



“Dahulu pun saya tak buat majlis besar-besaran,” katanya.

Bercakap soal yang belum ada kepastian, katanya, apa sahaja boleh terjadi pada kemudian hari.

“Macam sekarang saya boleh kata tak mahu majlis besar-besaran. Namun, mana tahu jika ada rezeki lebih atau ada tajaan, mungkin lain pula jadinya.

“Bagi saya, pada usia sekarang buat majlis kecil-kecilan sudah menggembirakan. Cukup utamakan perkara wajib,” katanya.



Di hujung perbualan, Yasmin mengulas perubahan diri yang bahagia selepas mengenali Alif.

“Bahagia sangat subjektif. Alhamdulillah, bukan saya sahaja, semua orang juga mencuba untuk mengecapi dan mencari kebahagiaan.

“Cuma, soal bahagia atau tak, apa yang kelihatan pada mata kasar hanya permukaan. Hakikatnya, orang tidak tahu apa yang dirasakan dalam diri.

“Ada orang nampak tunjuk perkara manis sahaja. Namun, perkara sebaliknya tidak pula tunjuk.



“Namun, pilihan juga di tangan masing-masing,” katanya.

Alif dan Hani menjadi rapat selepas terbabit dengan penggambaran drama The Hotel, tahun lalu. Mereka dilihat saling berkongsi gambar mesra bersama anak-anak di laman Instagram.

Terdahulu, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin Mohd Razali pada 2011, sebelum bercerai dan mengumumkan perpisahan, tahun lalu. BH

Yasmin, Alif belum tetap tarikh kahwin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker