Aliff Syukri Kantoi ‘Upload’ Gambar Ubat Orang Lain Di Media Sosial

Aliff Syukri Kantoi ‘Upload’ Gambar Ubat Orang Lain Di Media Sosial

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan terkenal sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang sering kali mencetuskan kontroversi di media sosial.

Sebelum ini menerima pelbagai kecaman oleh netizen dalam video promosi lagu berjudul ‘Baby Sayang’ apabila teman duetnya Baby Shima, dilihat menari ‘ghairah’ di sampingnya.



Kali ini, usahawan terkenal itu muncul dengan sebuah video di Instagram dalam keadaan menangis teresak-esak mendakwa bahawa dirinya mempunyai masalah mental tahap dua.

Menurut Aliff, dia tidak tahu jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapinya dan memaklumkan bahawa dia akan menarik diri daripada media sosial.

4.3 juta kawan dan semua media sosial saya seperti Instagram, Facebook dan TikTok yang berjuta-juta. Saya sebenarnya ada sakit mental tahap dua, tak tahan sudah.”

Aliff juga sempat berkongsikan sekeping gambar ubat sebelum akaun Instagram miliknya dipadam dan tidak boleh diakses oleh sesiapa.



Walau bagaimanapun, muncul seorang individu di Twitter menyatakan bahawa gambar ubat-ubatan tersebut merupakan miliknya yang dimuat naik pada tahun 2020.

Individu berkenaan turut menyatakan perasaan tidak puas hati bukan kerana gambar ubatnya ‘dirembat’ oleh Aliff Syukri, tetapi kerana sikap usahawan itu yang mempermainkan penyakit berkaitan mental. Bn

Aliff Syukri Kantoi ‘Upload’ Gambar Ubat Orang Lain Di Media Sosial


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib



Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker