Pengantin lelaki bongkar isteri curang dengan ipar di majlis perkahwinan

Pengantin lelaki bongkar isteri curang dengan ipar di majlis perkahwinan

Sebuah majlis perkahwinan di China menjadi tular apabila ia menjadi gelanggang pembongkaran kisah curang pengantin perempuan dengan suami adik kandung wanita berkenaan, lapor laman Asia One semalam.

Berdasarkan rakaman berjudul ‘Pengantin Yang Curang’, pengantin lelaki dilihat memasang klip video yang dipancarkan daripada projektor pada skrin di dewan perkahwinan.

Rakaman itu menunjukkan gambar pengantin perempuan bersama adik iparnya sendiri di ranjang.

“Anda fikir saya tidak akan tahu tentang perkara ini?” teriak pengantin lelaki sebelum melemparkan jambangan bunga ke arah isterinya.

Meskipun kejadian itu berlaku pada 2019, namun ia kembali tular di laman TikTok hingga mendapat enam juta tontonan.

Menurut sumber yang rapat dengan mereka, pengantin perempuan itu menagih kasih adik iparnya kerana sering dipukul dan didera oleh kekasih iaitu pengantin lelaki berkenaan. K Online

Pengantin lelaki bongkar isteri curang dengan ipar di majlis perkahwinan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker