Polis halang penunjuk perasaan ke parlimen

Bangkok: Polis Thailand melepaskan meriam air dan gas pemedih mata ke arah kumpulan penunjuk perasaan prodemokrasi yang cuba mendekati parlimen.

Ketika itu, ahli parlimen sedang membahaskan mengenai kemungkinan perubahan yang boleh dilakukan ke atas perlembagaan.

Thailand masih berhadapan demonstrasi di kalangan pelajar yang mahukan perubahan pada perlembagaan dan monarki selain meminta perdana menteri meletak jawatan.

Beberapa ribu penunjuk perasaan membanjiri laluan di bangunan parlimen hari ini, di mana polis sudah menutup laluan dengan konkrit dan kawat duri.

Azalina tegur menteri, timbalan menteri tiada di Dewan ketika Belanjawan 2021 dibahas

Polis kemudiannya melepaskan meriam air ke arah penunjuk perasaan yang cuba membuka halangan dan turut menggunakan air yang dicampur bahan kimia menyebabkan penunjuk perasaan beredar untuk membersihkan muka dan mata mereka.

“Apa yang difikirkan pihak polis ketika menembak meriam air ke arah orang awam? Polis berkhidmat untuk diktator,” jerit seorang penunjuk perasaan.

Lima individu dibawa ke hospital untuk rawatan, kata pegawai perubatan.

Penunjuk perasaan menegaskan bahawa mereka hanya mahu mendengar perbahasan parlimen.

Agong perlu halang salah guna kuasa, kata raja

Ketika polis dan penunjuk perasaan bertempur, ahli parlimen sedang mempertimbangkan untuk membahaskan tujuh kemungkinan pindaan perlembagaan.

Ia termasuk cadangan untuk menggantikan pelantikan tentera di Senat dengan wakil rakyat yang dipilih secara langsung.

Namun, apa-apa perubahan perlembagaan di Thailand dijangka mengambil masa yang panjang dan Senat yang dilantik oleh junta tidak mungkin memihak kepada keputusan berkenaan.

Penunjuk perasaan ingkar larangan berhimpun, terus berdemonstrasi di Bangkok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker