Adakah kertas siasatan kes Nazlan yang bocor sah, SPRM disoal

Adakah kertas siasatan kes Nazlan yang bocor sah, SPRM disoal

Umno menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesah atau menafikan keabsahan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang bocor dan tular.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, berkata Jabatan Peguam Negara juga perlu mengumumkan jika akan ada tindakan lanjut bagi kertas siasatan itu.



Katanya, mengikut kenyataan rasmi pada 21 Mei, SPRM mengesahkan siasatan mengenai kes membabitkan Nazlan telah diselesaikan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei untuk tindakan lanjut.

“Satu dokumen yang didakwa merupakan kertas siasatan tersebut yang dikatakan terbocor telah menjadi tular pada waktu ini, kertas tersebut mendakwa ada berlakunya kesalahan mengikut Seksyen 220 Kanun Keseksaan.

“Memandangkan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan bagi kes SRC telah menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dokumen bagi memeriksa percanggahan kepentingan Nazlan dan memandangkan kertas siasatan sudah berada di pihak Jabatan Peguam Negara sejak tiga bulan lalu, Umno berpandangan SPRM perlu mengesahkan atau menafikan keabsahan kertas siasatan tersebut yang sudah tular

“Integriti institusi yang kita hormati perlu dilindungi dan Umno amat berharap pihak SPRM dan pihak Jabatan Peguam Negara akan menjelaskan kepada rakyat mengenai isu ini dalam masa terdekat,” katanya.



Terdahulu hari ini, penulis blog yang berpangkalan di United Kingdom Raja Petra Kamarudin memuat naik dokumen yang didakwa disediakan SPRM.

Dokumen berkenaan menunjukkan yang siasatan SPRM terhadap Nazlan telah selesai dan laporannya telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. FMT

Adakah kertas siasatan kes Nazlan yang bocor sah, SPRM disoal


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak



Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker