Lelaki curi seluar dalam wanita dipenjara dua tahun

Lelaki curi seluar dalam wanita dipenjara dua tahun

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan atau dua tahun di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah, hari ini atas kesalahan mencuri pakaian dalam wanita, minggu lalu.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan berkenaan selepas tertuduh Muhammad Rizal Richard Abdullah, 39, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, duda berkenaan didakwa mencuri pakaian dalam wanita di Taman Puncak, Menggatal, di sini, pada 1.39 pagi, 11 Ogos lalu.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tertuduh mencuri pakaian dalam wanita menggunakan sebatang kayu di beranda belakang rumah mangsa.

Tertuduh kemudian ditahan di rumahnya pada 13 Ogos lalu dan pemeriksaan menemui 10 jenis pakaian dalam wanita berada dalam simpanan tertuduh.

Pertuduhan dilakukan Inspektor Albert Basiri selaku pegawai pendakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. E9

Lelaki curi seluar dalam wanita dipenjara dua tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker