Pergaduhan di kebun sayur, seorang lelaki maut dibunuh

BENTONG – Seorang lelaki warga asing maut dipercayai dibunuh dalam satu pergaduhan dengan seorang lelaki di kawasan kebun sayur di Lebu di sini semalam

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, mangsa yang bekerja di kebun sayur itu mengalami kecederaan parah dipercayai akibat bergaduh dengan seorang lelaki yang juga warganegara asing.

“Mangsa yang berusia 27 tahun dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan bantuan kecemasan dan rawatan namun meninggal dunia pada pukul 5.40 pagi.

“Susulan itu polis berjaya menahan seorang lelaki warganegara asing berusia 26 tahun di kebun sayur berkenaan dan merampas sebilah pisau berukuran 0.3 meter dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya siasatan giat dilakukan dan punca pergaduhan serta punca kematian masih belum dikenalpasti.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung

Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker