Saintis barat akhirnya berjaya membuktikan bahawa alam bertasbih kepada Allah

Saintis barat akhirnya berjaya membuktikan bahawa alam bertasbih kepada Allah

Dinyatakan di dalam surah al-Isra ayat 44, “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih kepada Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.”

Di dalam tafsir Mubin, dijelaskan bahawa alam ini sentiasa bertasbih memuji kebesaran dan keagungan Allah mengikut fitrah masing-masing. Menurut Sayyid Qutb, degup jantung dapat merasakan bahawa setiap batu kerikil, biji benih, kuntum bunga dan seluruh isi alam juga langit semuanya bertasbih dan menghadapkan mukanya kepada Allah. Semua mengingati Allah ketika manusia lupa dan alpa serta tenggelam di dalam kealpaannya.



Agensi berita Tariq pernah melaporkan bahawa sekumpulan saintis Amerika Syarikat telah berjaya menemui bahawa sesetengah tumbuhan tropika mengeluarkan gelombang ultrasonik yang telah berjaya dirakamkan menerusi getaran.

Selepas tiga tahun penyelidikan dan kajian dilakukan untuk menterjemahkan gelombang ultrasonik dan getaran itu hingga ia bertukar menjadi gelombang elektrik yang boleh dilihat. Gelombang cahaya elektrik itu sentiasa aktif dan berulang-ulang 100 kali setiap saat.

Apa yang sedang berlaku sebenarnya tidak mampu dijawab walaupun setelah dikongsi dengan saintis dari Britain. Fenomena apa yang sedang berlaku tidak ada jawapan yang pasti, adakah itu bermakna tumbuh-tumbuhan itu sedang berbicara atau membisikkan sesuatu. Kebuntuan itu dipecahkan oleh seorang saintis Islam dari India yang turut serta di dalam penyelidikan itu.

Dia cuba menerangkan fenomena itu dengan mengaitkannya dengan sepotong ayat al-Quran dari surah al-Isra’ ayat 44,



“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih kepada Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka.”

Sekali lagi apabila nama Allah yang Maha Besar disebut, frekuensi ultrasound bertukar menjadi cahaya elektrik dan terpapar di skrin peralatan yang merakamkan gelombang pokok-pokok itu.

Sejak itu saintis percaya bahawa tumbuh-tumbuhan boleh mengeluarkan bunyi akustik. Mereka berjaya membuktikan bahawa set di dalan setiap DNA bergetar dan menghasilkan bunyi yang tidak difahami oleh manusia.

Namun bunyi itu boleh dirakamkan dan diukur dengan tepat dengan peralatan canggih. Bunyi itulah yang ditafsirkan sebagai tasbih kepada Allah, manusia boleh mendengarnya tetapi tidak mengerti.



Tumbuh-tumbuhan, batu, gunung dan segala yang ada di dunia ini bertasbih kepada Allah
Di dalam tafsir Ibn katsir sewaktu mentafsirkan surah An-Nur ayat 41,

“Tidak kamu tahu bahawasanya Allah: kepada Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan juga burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui cara solat dan tasbihnya dan Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan..”

Pada ayat itu Allah memberitahu bahawa semua makhluk yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Nya. Ia termasuklah malaikat, manusia, jin, haiwan, pokok-pokok bahkan benda yang mati sekali pun.

Pada ayat, “Dan (juga) dengan mengembangkan sayapnya.” Dijelaskan oleh Ibn Katsir sebagai ketika sedang terbang pun burung-burung sentiasa bertasbih kepada Allah. Ia beribadat dan bertasbih kepada Allah dengan cara yang diilhamkan dan diajarkan oleh Allah kepadanya. Padanya telah Allah ajarkan etika dan cara beribadat kepada Allah. Lantaran itulah Allah berfirman, “Masing-masing telah mengetahui solat dan tasbihnya.”



Hal yang sama juga sudah diberi penjelasan di dalam surah Al-Israa: 44,

“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan tasbih dengan memuji-Nya tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha penyantun lagi Maha Pengampun.”

Tidak ada satu pun makhluk yang ada di bumi dan di langit kecuali semuanya bertasbih kepada Allah dengan memujinya. Cuma tasbih itu tidak difahami oleh manusia kerana bahasa mereka berbeza dengan bahasa makhluk lain. Keadaan itu biasanya terjadi pada binatang, tumbuh-tumbuhan bahkan benda-benda mati. Di dalam shahih Bukhari dari Ibnu Masud bahawa dia berkata,

“Dahulu kami pernah mendengar tasbih makanan ketika sedang dimakan.”



Imam Ahmad meriwayatkan dari Mu’adz bin Anas dari Rasulullah beliau pernah mendatangi satu kaum ketika mereka sedang berdiri di atas tunggangan dan kenderaan mereka. Lalu Baginda berkata,

“Tunggangilah dengan selamat dan (jika tidak ditunggangi) biarkanlah tunggangan itu dengan selamat pula dan janganlah tunggangan-tunggangan itu dengan itu kamu jadikan kerusi untuk kamu bersembang di jalan-jalan dan di pasar-pasar. Tidak sedikit pun haiwan yang ditunggangi itu lebih baik dari penunggangnya dan lebih banyak berzikir kepada Allah darinya.

Menurut Perunding Emosi dan Sipiritual NLP Training, Dr. Azhar Sarip, memang benar alam itu boleh bertasbih tapi tasbihnya tidaklah sama seperti kita yang mempunyai mulut. Namun kita boleh merasakan tasbih jika meletakkan diri benar-benar di dalam keadaan bertafakur. Gelombang alam itu adalah hasil daripada alam yang sentiasa mengingati Allah. Untuk merasainya mudah saja jika ada ilmu untuk meletakkan gelombang diri serendah gelombang alam.

Kebanyakan kita hanya bertasbih pada mulut saja tapi tidak dapat merasakan tasbih itu dalam bentuk kasih sayang. Analoginya begini; mengapa hari ini sering berlaku perkara negatif, sikit-sikit bergaduh sana bergaduh sini sedangkan dulu aman damai.



“Saya melihatnya dari sudut yang lain untuk menerangkan tentang keadaan yang telah berlaku kini. Apa yang saya boleh terangkan ialah ia ada kaitan dengan alam, sekarang ini berapa banyak pokok telah ditebang dan berapa lagi binatang yang telah pupus.

“Seluruh isi alam kecuali jin dan manusia bertasbih kepada Allah 24 jam. Tenaga positif yang dihasilkan dari tasbih mereka itulah yang menjadikan alam ini tenang. Soalnya apa akan terjadi apabila pokok ditebang, bukit ditarah dan haiwan pupus? Tenaga positif dari tasbih alam itu sudah semakin berkurangan dan memberi kesan kepada ketenangan.

“Lagi satu pemikiran orang Islam terlalu sempit. Kadang-kadang apabila saya memuji anjing, “cantiknya anjing itu.” Apabila pujian itu didengar oleh orang lain mereka akan bertanya balik, “engkau ini Islam ke bukan?” tapi salahkan saya memuji anjing?

Sedangkan kita tidak tahu bahawa anjing itu sentiasa bertasbih kepada Allah. Yang haramnya adalah kita menyentuh anjing itu apabila tangan basah.

“Begitu juga halnya dengan babi, di dalam Islam daging dan seluruh babi itu haram bagi Muslim sama ada dimakan atau untuk dipakai. Namun kita tidak layak untuk menghina babi itu kerana ia adalah makhluk Allah yang sentiasa bertasbih. Kita salahkan babi itu dan ini macamlah babi itu syaitan mahu dilahirkan sebagai babi.

Haramnya hanya pada hukumnya saja tapi kita tidak ada hak untuk menghinanya. Seluruh isi alam bertasbih kepada Allah termasuk haiwan yang diharamkan daging untuk dimakan oleh Muslim. Malah semut yang halus itu pun bertasbih,” jelasnya. Utv

Saintis barat akhirnya berjaya membuktikan bahawa alam bertasbih kepada Allah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saintis barat akhirnya berjaya membuktikan bahawa alam bertasbih kepada Allah

Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker