Wan Saiful meroyan sebab jawatan

Wan Saiful meroyan sebab jawatan

PENULIS MANIFESTO PAKATAN HARAPAN TUDUH PM TIPU RAKYAT

Beberapa minggu yang lalu, PN bermesyuarat dan antara intipati mesyuarat adalah mereka kecewa dengan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Kecewa bukan sebab mereka ada idea lebih baik untuk urus negara atau ekonomi. Kecewa bukan sebab soal apa-apa dasar yang boleh dibahaskan.



Tetapi kecewa sebab jawatan.

Tak lama selepas mereka keluarkan kenyataan itu, YAB Perdana Menteri jumpa wakil PN pada 4 Ogos 2022. Wan Saiful terlepas berita lantas meroyan pada 5 Ogos 2022 dan mendakwa PM mesra ‘perasuah’ kerana PM ‘batalkan’ perjumpaan. Walau pun dia sudah berjumpa wakil PN hari sebelumnya.

Jadi perjumpaan sudah dibuat. PM telah pun keluarkan kenyataan selepas perjumpaan itu. Wakil PN utarakan pandangan mereka, PM pun utarakan pandangan beliau. PM tekankan sekarang masanya untuk menumpukan usaha menyelesaikan isu rakyat dan pulihkan ekonomi. Itu yang rakyat inginkan.

Hari ini Wan Saiful meroyan lagi. Katanya kalau jumpa “lunch” tak boleh dikira sebagai perjumpaan sah. Dahsyat syarat-syarat PPBM ni.



Saya ingin tanya PPBM, apa sebenarnya yang mereka inginkan? Dibelai? Dimanjakan?

Atau adakah hakikatnya ini bukan soal jumpa atau tidak jumpa. Bukan soal jumpa “lunch” atau “dinner” atau dalam pejabat sekalipun. Bukankah hakikatnya kalau jumpa 10 kali pun, delegasi mana sekalipun, jika tak dapat jawatan yang diidamkan masih akan mencari seribu satu alasan untuk biadap?

Kebiadapan Wan Saiful hingga:

1) Menuduh PM takut nak berjumpa “delegasi” PN.



Kalau PM takut, adakah beliau akan mengatakan bahawa Kerajaan bersedia mengadakan PRU jika mana-mana parti tarik diri atau ‘tekan butang’?

2) Mengheret isu LCS pula.

Konon itu sebabnya PM takut untuk berjumpa. Walhal tiada kena mengena langsung.

Untuk rekod, PM dan wakil-wakil UMNO lain semuanya senada: jika siasatan oleh pihak berkuasa mendedahkan isu LCS bukan hanya isu kelemahan tadbir urus dan kelewatan. Jika siasatan menunjukkan sesiapa sahaja didapati menyalahguna kuasa menyeleweng apa-apa dana dari projek LCS ini, mereka wajar diambil tindakan undang-undang. Baik mereka itu ahli perniagaan, penjawat awam, mahupun individu ahli politik dari mana-mana parti. (Dari mana-mana parti ya, Wan Saiful. Sebab ramai juga yang dulu partinya UMNO sekarang melompat ke PPBM).

3) Wan Saiful kata PM tipu rakyat soal perjumpaan.

Pertama, rakyat tak kisah drama PPBM dan TPM.

Kedua, agak kelakar soal tipu rakyat ini datang dari pengarang Manifesto Pakatan Harapan.

#SambungYangTergendala

SHAHRIL HAMDAN

Wan Saiful meroyan sebab jawatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker