Ismail cabar atlet SUKIPT catat rekod kebangsaan, ganjaran menanti

Ismail cabar atlet SUKIPT catat rekod kebangsaan, ganjaran menanti

Tanjung Malim: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan ganjaran sebanyak RM20,000 kepada atlet Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang berjaya memecah rekod kebangsaan.

“Hari ini, saya juga ingin mencabar atlet yang bertanding dalam SUKIPT 2022, untuk mencatatkan rekod kebangsaan, tidak kiralah dalam apa jenis acara pun.



“Mereka yang berjaya, kita akan bagi secara bersama wang tunai berjumlah RM20,000,” katanya ketika berucap merasmikan temasya SUKIPT di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berharap agar program SUKIPT akan membentuk dan melahirkan lebih ramai atlet IPT yang berprestasi tinggi dan berminda juara dalam kejohanan besar di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, sukan bukan hanya sekadar pertandingan, sebaliknya boleh memupuk kasih sayang, hormat-menghormati dan juga nilai kemanusiaan sesama pasukan yang bertanding.

Perdana Menteri juga berharap, semangat Keluarga Malaysia diteruskan momentumnya bukan saja di gelanggang sukan, malah di arena institusi pengajian tinggi (IPT) yang sangat sinonim dengan pembinaan bangsa yang bersatu padu.



“Sebenarnya apabila bercakap tentang sukan, banyak perkara yang boleh kita kaitkan. Bersukan bukan saja untuk sihat, tetapi mengajar kita tentang semangat berpasukan, tentang strategi, tentang membuat keputusan, dan banyak lagi.

“Malah, dalam ucapan-ucapan saya di forum-forum yang membabitkan sukan, saya sering kali menekankan tentang bagaimana sukan mampu menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan.

“Lihat saja ketika ada perlawanan bola sepak, atau badminton, atau sebagainya, lebih-lebih lagi yang di pentas dunia – kita duduk semeja dan secangkir, bersorak sama-sama menyokong pasukan negara,” katanya.

Katanya, sukan berupaya memberikan auranya yang tersendiri, bukan saja dalam kalangan yang bermain atau yang bertanding tetapi juga kepada yang menonton.



Ismail Sabri turut memberikan contoh seperti kisah jurulatih badminton negara Hendrawan yang telah memberikan kasutnya kepada pemain Jamaica, Samuel Ricketts agar beliau boleh meneruskan permainan.

Malah katanya, sikap pesilat Malaysia, Siti Shazwana Ajak telah dipuji netizen selepas melindungi kepala lawannya dari Indonesia, Selly Andriani yang tudungnya tertanggal semasa mereka berdua beraksi di dalam gelanggang pada temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam pada Mei lalu.

“Dari sini kita boleh belajar bahawa ada lagi perkara yang lebih besar daripada sebuah pertandingan, iaitu kasih sayang, hormat-menghormati dan juga nilai kemanusiaan sesama pasukan yang berlawan.

Semangat beginilah yang kita mahu, tidak terhad kepada atlet dan kontinjen yang bertanding tetapi juga kepada semua penonton yang menyokong serta sukarelawan dan pegawai yang bertugas,” katanya.



Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon.

Temasya SUKIPT yang sudah memasuki edisi kelima, berlangsung sehingga 21 Ogos ini dan mempertandingkan 21 jenis sukan dengan penyertaan 66 universiti dari seluruh Malaysia. HM

Ismail cabar atlet SUKIPT catat rekod kebangsaan, ganjaran menanti


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib



Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker