Alif Hadi nafi punca Yasmin Hani bercerai

Alif Hadi nafi punca Yasmin Hani bercerai

Pelakon Alif Hadi menafikan dia adalah orang ketiga yang menyebabkan keretakan rumah tangga kekasihnya, Yasmin Hani hingga pelakon itu bercerai.

Alif, 34, berkata, karakter dan sikap Yasmin yang positif membuatkan dia lebih mudah untuk mendekati ibu tunggal kepada dua anak itu.

“Buat masa ini, saya belum lagi menerima sebarang komen menuduh saya sebagai punca perceraian Yasmin. Apatah lagi, kami mula rapat pada awal tahun ini. Sikapnya itu yang membuatkan saya senang untuk mendekati Yasmin.



“Walaupun jarak usia kami sembilan tahun, namun tidak terasa perbezaan umur itu kerana sikap dan perangai Yasmin. Boleh dikatakan, saya senang berkawan dan rapat dengan Yasmin.

“Fokus ketika ini adalah anak-anak Yasmin yang memerlukan perhatian akibat perceraian yang baru saja berlaku. Kami berdua tidak mahu anak-anak Yasmin tertekan dan terkejut pula,” katanya.

Alif mengakui rapat dengan Yasmin namun belum mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tanga dalam tempoh terdekat ini.

Alif berkata, dia enggan terburu-buru sebaliknya mahu mengambil hati dua anak Yasmin itu sebelum mereka membawa hubungan ke fasa seterusnya.



“Kami pernah mengalami kegagalan rumah tangga dan itu menjadikan kami lebih matang dalam hubungan dan tindak tanduk. Semestinya kami memohon semua yang mendoakan yang baik-baik buat kami. Insya-Allah sekiranya ada rezeki nanti, pasti kami akan maklumkan kepada semua,” katanya.

Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin Mohamed Razali yang juga bekas pemain dram kumpulan Black Rose pada 2011 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai tahun lalu.

Mereka dikurniakan dua anak iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6. HM

Alif Hadi nafi punca Yasmin Hani bercerai




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker