Saya keluar parti selepas Presiden umum kerjasama dengan Mahathir

Saya keluar parti selepas Presiden umum kerjasama dengan Mahathir

Ipoh: Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman hari ini mengumumkan keluar parti sekali gus melepaskan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Putra menyertai Gabungan Tanah Air (GTA).

Hamidah berkata, keputusan itu diambil susulan kecewa dengan keputusan Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali yang mahukan Putra menyertai gabungan yang diterajui Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai hanya retorik politik mendekati Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Demi prinsip dan tanda hilang kepercayaan saya kepada Presiden dan kepimpinan parti Putra yang bertindak bekerjasama dengan Tun M (Dr Mahathir), maka saya melepaskan semua jawatan saya dalam Putra serta keluar parti itu serta-merta.

“Saya tidak mampu menggalas dosa menipu orang Melayu dan tidak tergamak menggunakan slogan perjuangan Melayu demi kepentingan peribadi sama ada untuk saya, Ibrahim Ali, dan Tun M atau sesiapa saja,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Hamidah berkata, beliau berharap tiada tohmahan dilemparkan kepadanya susulan keputusan itu seperti gila jawatan atau kecewa kerana tidak mendapat jawatan, memandangkan beliau meninggalkan parti dalam keadaan kedudukannya yang mempunyai jawatan penting.

“Akan ada yang mengatakan saya suka melompat (parti) sana sini tetapi saya ingin jelaskan yang saya lakukan semua ini kerana prinsip dan saya tidak mahu bersekongkol dengan Tun M untuk menipu rakyat dan menjadi seorang hipokrit demi sesuatu kepentingan.

“Pesan saya kepada Tun M, cukup-cukuplah menipu orang Melayu dan rakyat Malaysia. Kami mungkin boleh ditipu sekali, atau dua kali tetapi kami tidak akan boleh ditipu berkali-kali dan saya tidak akan izinkan Tun M menipu orang Melayu sekali lagi dengan GTA ini. HM

Saya keluar parti selepas Presiden umum kerjasama dengan Mahathir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker