Pemandu mabuk larikan Axia lepas langgar tujuh kereta

Antara kereta yang dilanggar seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk semasa melalui Jalan Persiaran Indapura, Lebuhraya Link Kedua dan Lebuhraya Johor Bahru-Ayer Hitam, Kulai pada Isnin.

KULAI – Seorang lelaki memandu secara berbahaya dan melulu sehingga melanggar tujuh kereta semasa melalui Jalan Persiaran Indapura, Lebuhraya Link Kedua dan Lebuhraya Johor Bahru-Ayer Hitam di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek warga tempatan berusia 38 tahun dan dipercayai mabuk itu turut melarikan kereta yang dilanggarnya iaitu sebuah Perodua Axia.

“Kejadian bermula apabila suspek yang memandu pacuan empat roda Toyota Hilux dari arah Johor Premium Outlet (JPO) di Jalan Persiaran Indapura telah merempuh lima buah kereta.

“Seterusnya suspek memandu ke Lebuhraya Link Kedua sebelum masuk Lebuhraya Johor Bahru-Ayer Hitam dan melanggar bahagian belakang dua buah kereta lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa



Beliau berkata, suspek kemudian memberhentikan kenderaannya di tepi jalan sebelum melarikan sebuah kereta yang dilanggarnya iaitu Perodua Axia menuju stesen minyak di Saleng di sini.

Susulan itu katanya, anggota peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai yang sedang melakukan rondaan pada jam 7.30 malam telah diarahkan ke stesen minyak berkenaan.

“Lelaki berkenaan berjaya diberkas di kawasan tersebut sebelum dibawa balik ke IPD Kulai untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, tiada kecederaan melibatkan mangsa atau suspek dalam kemalangan tersebut.



“Hasil ujian ke atas suspek mendapati positif minuman beralkohol manakala ujian air kencing pula negatif dadah,” katanya.

Beng Yeow berkata, suspek direman selama tiga hari bermula Selasa selepas mendapat kebenaran Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.

Suspek direman selama tiga hari bermula Selasa untuk membantu siasatan.
Suspek direman selama tiga hari bermula Selasa untuk membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah



Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker